Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

4 Renjer Maut Letupan...

BANGKOK - Empat renjer tentera Thailand maut hari ini apabila bom tepi jalan...

8 Penagih Ditahan Setelah...

TELUK INTAN - Lapan penagih dadah berumur lingkungan antara 40 hingga 50 tahun...

Video: Dindong Dantes Lamar...

PELAKON Filipina, Dindong Dantes membuat kemunculan mengejutkan dengan melamar kekasihnya, Marian Rivera menerusi...

Negara Dijangka Alami Masalah...

TUARAN - Malaysia dijangka mengalami masalah bekalan air sehingga September berikutan cuaca panas...

PRN Johor: MUDA Bakal Calonkan Ramai Wanita

KUALA LUMPUR : Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) akan meletakkan ramai calon wanita serta individu yang mewakili berbilang bangsa dan agama, untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, 12 Mac depan, kata Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

“Apabila MUDA ingin menjadikan parti (sebagai) masa hadapan negara, ia tidak cukup sekadar mencalonkan rakyat berbilang bangsa dan agama tetapi juga memastikan perwakilan wanita yang agak besar,” katanya pada sidang media selepas melancarkan parti itu, di sini, malam tadi.

Berhubung nama calon serta kawasan yang mahu ditandingi, beliau berkata, perkara itu masih dibincang pada peringkat MUDA dan bakal dimaklumkan kepada media seawal minggu depan.

“Perkara itu (sama ada beliau bertanding) akan dibincangkan dalam MUDA, namun saya ingin memastikan orang melihat ramai lagi pemimpin lain dalam MUDA yang wajar diberikan perhatian secukupnya kerana mereka jauh lebih baik daripada saya. Kita akan memaklumkan (calon) satu per satu,” katanya.

Mengenai kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa, Syed Saddiq berkata, MUDA akan bertanding mempertahankan kawasan itu sebagaimana yang telah dipersetujui.


Sebelum ini, Ketua Wanita PKR Johor, Napsiah Khamis dalam hantaran menerusi laman Facebook berkata beliau berlapang dada menyerahkan kerusi itu kepada AMANAH, dan tindakan parti terbabit melepaskannya kepada MUDA merupakan suatu pengkhianatan kepercayaan yang diberikan oleh akar umbi.

Presiden AMANAH, Mohamad Sabu; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; dan Syed Saddiq dalam satu kenyataan bersama, Rabu lalu, memaklumkan bahawa MUDA akan bertanding di kerusi DUN Tenang, Bukit Kepong, Parit Raja, Machap, Puteri Wangsa serta Bukit Permai.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 Mac depan sebagai tarikh pengundian bagi PRN Johor, manakala penamaan calon pula 26 Februari dan pengundian awal 8 Mac.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori