Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Seorang Daripada 3 Suspek...

ALOR SETAR - Seorang daripada tiga suspek yang melarikan diri ketika serbuan Pasukan...

20 Penjenayah Diberkas Dalam...

Melaka : Seramai 20 suspek yang terbabit jenayah pecah rumah dan curi membabitkan...

Perluaskan Peranan, Fungsi AARDO...

KUALA LUMPUR - Afican-Asian Rural Development Organisation (AARDO) harus keluar dari zon selesanya...

Mourinho Minta United Beli...

JOSE Mourinho meminta Manchester United untuk membayar klausa perpindahan pemain Napoli bernilai 25...

PRN Johor: Parti Lawan Tidak Kisah Johor, Hanya Mahu Sekat Kebangkitan BN

JOHOR BAHRU : Biarlah parti lain mahu bergabung seberapa banyak sekali pun, Barisan Nasional (BN) akan tetap ‘ready’, dan ‘steady,’ tegas Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Presiden UMNO itu berkata, beliau ibaratkan parti lawan sebagai hanya mahu menewaskan UMNO dan BN, biarpun mereka bermusuhan dan berbeza ideologi politik.

Dakwa Ahli Parlimen Bagan Datuk itu lagi, parti-parti berkenaan tidak kisah dengan keadaan caca-marba Johor, sebaliknya hanya mahu menyekat kebangkitan BN.

“BN pula tetap BN yang satu iaitu menyertai pilihan raya untuk membentuk sebuah kerajaan negeri yang stabil dan makmur buat orang Johor. Persekongkolan mereka andai terjadi bukanlah sesuatu yang memeranjatkan kerana 96 peratus berasal daripada DNA dan kluster yang sama.

“DNA memfitnah, menghasut, menipu, membohongi dan memperdayakan rakyat demi merebut kuasa semasa Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14). Tiga peratus daripada kluster katak dan satu peratus lagi kelompok yang masih keliru tentang agenda perjuangan politik mereka akibat pengaruh rakan baharu,” katanya menerusi muat naik di akaun Facebook.


Ahmad Zahid berkata, rakyat Johor diyakini dapat menilai maknawi ‘jajaran baharu’ berhipokrasi tahap tertinggi, yang sanggup diusahakan mereka demi menghalang BN dan merebut kuasa.

Beliau berkata, pihak lawan UMNO dan BN tidak pernah jujur dan ikhlas untuk mentadbir Johor dengan baik, sebaliknya hanya melebihkan kuasa daripada tanggungjawab.

“Semoga Bangsa Johor tidak terpedaya sekali lagi dan berpadu mengembalikan kerajaan dominan kerajaan BN untuk sebuah kemajuan dan kesejahteraan yang mutlak,” katanya lagi.

-Awani

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori