Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Pegawai ILP ‘Amuk’ Tendang...

BERANG... Tular aksi Timbalan Pengarah Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kota Bharu, Pengkalan Chepa,...

Malaysia Prihatin Tema Sambutan...

KUALA LUMPUR - Malaysia Prihatin dipilih menjadi tema Sambutan Hari Kebangsaan tahun ini...

Nak Bercuti? Ini Sebab...

TIDAK dapat dinafikan, semua orang tentu mempunyai keinginan untuk pergi melancong, tidak kiralah...

Honda HR-V Baharu Di...

KUALA LUMPUR - Kereta Honda HR-V baharu akan mula berada di pasaran negara...

PRN Johor: Senarai Calon BN Diumum Khamis Ini – Hasni

JOHOR BAHRU: Barisan Nasional (BN) hanya akan mengumumkan 56 calon yang bakal bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada Khamis ini iaitu dua hari sebelum hari penamaan calon.

Pengerusi BN Johor, Datuk Hasni Mohammad berkata, pihaknya kini dalam peringkat akhir sebelum memuktamadkan senarai calon terbabit.

Menurut beliau, daripada senarai itu, BN akan menampilkan sekitar 30 peratus calon muka baharu dengan kombinasi lama dan baharu yang diyakini dapat mengukuhkan peluang parti itu memenangi PRN Johor.

“Kita sudah ke peringkat akhir untuk mengenal pasti calon-calon dan saya melihat secara umumnya Johor mempunyai jumlah muka-muka baharu yang ramai termasuklah calon-calon muda di bawah umur 40 tahun.

“(Senarai calon itu) saya yakin akan dapat memperkuatkan peluang Barisan Nasional untuk berjaya dalam pilihan raya kali ini.. kita akan umumkan pada 24 Februari calon-calon yang bertanding,” kata beliau.

Hasni berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Apresiasi Penyumbang Sektor Agromakanan Negeri Johor 2022 di sini, pada Isnin.


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan tarikh penamaan calon untuk PRN Johor akan diadakan pada 26 Februari ini (Sabtu) sementara hari pembuangan undi pula pada 12 Mac ini.

Pada 28 januari lalu, UMNO dan BN johor dilaporkan akan melakukan perubahan termasuk mengemukakan calon-calon muda seperti kehendak masyarakat dan akar umbinya.

Hasni dilaporkan berkata, calon parti akan mengambil kira keperluan semasa termasuk pertambahan pengundi baharu susulan pelaksanaan secara automatik Undi18.

Awani-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori