Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Remaja 16 Tahun Diliwat...

BUTTERWORTH - Lagi kes liwat dilaporkan berlaku di Pulau Pinang dan kali ini...

5 Sekolah Dapat Pengiktirafan...

ALOR SETAR - Lima sekolah di negara ini mendapat pengiktirafan sebagai 'International Baccalaureate...

Tindakan Pantas Bomba Selamatkan...

KUANTAN – Tindakan pantas bomba berjaya menyelamatkan seorang wanita yang dipercayai cuba membunuh...

Pakatan Diminta Desak Hadi...

KUALA LUMPUR - DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu mendesak PAS supaya...

PRN Johor: SPR Harap Penamaan Calon Sabtu Ini Lancar

PUTRAJAYA : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meletakkan harapan proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada Sabtu ini berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini, khususnya yang boleh mengganggu ketenteraman awam.

Setiausahanya, Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, semua calon dan parti-parti politik yang terlibat diminta sentiasa mematuhi undang-undang, peraturan, tata etika dan arahan-arahan yang dikeluarkan pihaknya, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Kesihatan dan pihak berkuasa tempatan (PBT) pada hari berkenaan.

Beliau berkata, prosedur operasi standard (SOP) pencegahan Covid-19 bagi pelaksanaan PRN berkenaan akan dilaksanakan dengan ketat di semua proses perjalanan pilihan raya.

“(Proses pilihan raya itu) melibatkan proses cetakan dan semakan kertas undi, pengeluaran dan pengiraan kertas undi pos, semakan isi peti undi, sepanjang tempoh berkempen, hari mengundi dan penjumlahan rasmi undi.

“SOP tersebut diluluskan Kementerian Kesihatan pada 18 Februari lalu selaras dengan Peraturan 16, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ikmalrudin berkata, pada hari penamaan calon, kertas penamaan calon boleh dikemukakan bermula pukul 9 pagi sehingga 10 pagi kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya di 56 Pusat Penamaan Calon (PPC) yang berkenaan oleh calon, pencadang dan penyokong; atau mana-mana dua orang daripada mereka; atau mana-mana seorang daripada mereka.


Katanya, untuk memudahkan proses penamaan calon, SPR menyarankan kepada bakal-bakal calon mengisi dan membuat semakan awal pengisian borang tersebut dengan Pejabat Pegawai Pengurus atau Pejabat Pilihan Raya Negeri Johor sebelum hari penamaan calon.

Selain itu kata beliau, bakal-bakal calon juga disarankan membuat pembayaran deposit lebih awal dan resit pembayaran tersebut hendaklah dibawa pada hari penamaan calon sebagai bukti bayaran bertujuan memastikan semua proses penamaan calon dapat diselesaikan lebih awal dan berjalan lancar.

“Bagi calon yang mewakili mana-mana parti politik, diingatkan bahawa surat kebenaran untuk menggunakan simbol parti yang diwakili hendaklah dikemukakan semasa menyerahkan Kertas Penamaan Calon.

“Hanya calon, pencadang calon dan penyokong calon dibenarkan masuk ke PPC. Penyokong-penyokong parti politik yang diwakili oleh bakal-bakal calon tidak dibenarkan sama sekali melakukan sebarang aktiviti berkumpul dan berarak di manamana tempat atau PPC sepanjang Hari Penamaan,” katanya.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori