Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Mahathir Usul Undi Tak...

KUALA LUMPUR - Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Mohd Yusof, hari...

Thailand Alu-alukan Resolusi UNSC...

BANGKOK - Thailand mengalu-alukan resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) yang menggesa...

Penyelidik Bimbang Pencairan Ais...

LONDON: Satu kajian baharu mendedahkan kadar pencairan ais di Antartika didapati me­nimbulkan kebimbangan...

Jual Murah, Rumah Beckham...

BERGELAR bintang bola sepak terkenal antarabangsa, bukanlah sesuatu yang pelik apabila mendengar David...

PRN Johor: UMNO Bahagian Tuntut Kerusi

PONTIAN : Beberapa bahagian UMNO di negeri ini telah menghantar permohonan bagi bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri ( DUN) yang sebelum ini ditandingi parti komponen Barisan Nasional (BN).

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, permohonan terbabit akan diteliti dan diputuskan oleh pucuk pimpinan negeri dan pusat tanpa merosakkan hubungan antara parti di dalam BN.

“Beberapa bahagian UMNO menyuarakan pandangan berhubung isu ini. Bukan sahaja di Pulai Sebatang tetapi ada satu dua tempat lain di Johor.

“Itu biasalah dalam perjuangan politik yang akhirnya pucuk pimpinan negeri dan pusat akan buat keputusan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Jamuan Muhibah Tahun Baru Cina bersama Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad di Pontian Besar, di sini pada malam Isnin.

Ahmad Maslan yang juga Ahli Parlimen Pontian itu turut mengulas mengenai calon BN, jelasnya perkara itu akan dimuktamadkan dalam masa terdekat.


“Siapa yang bertanding akan dimuktamadkan tidak berapa lama lagi. Bagaimanapun perkara itu setakat ini belum diputuskan lagi,” katanya.

Pada Isnin, Ketua Bahagian UMNO Tanjung Piai, Datuk Jefridin Atan dilaporkan berkata istilah ‘kerusi tradisi’ UMNO, MIC dan MCA tidak wajar digunakan pucuk pimpinan tertinggi BN dalam pembahagian kerusi PRN Johor.

Jelasnya, BN perlu lebih terbuka mengikut ‘selera’ pengundi berdasarkan kepada majoriti sesuatu kaum di setiap kawasan DUN.

-Awani

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori