Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Mati Dalam Peti Sejuk...

ATLANTA - Seorang pekerja maut selepas dipercayai terperangkap di dalam peti sejuk beku kira-kira...

5 Ditahan Baling Air...

KLANG - Lima lelaki ditahan selepas membaling air kencing dan najis lembu kepada...

RM780,000 Diserahkan Untuk Bebaskan...

Sejumlah wang sebanyak kira-kira 10 juta Peso (RM780,000) dikatakan telah diserahkan kepada Kumpulan...

Polis Tahan Empat Lelaki,...

BUKIT MERTAJAM: Polis merampas 1.7 juta batang rokok pelbagai jenama disyaki tidak bercukai...

Proses Naik Taraf Lebuhraya Berkembar Bukit Kukus Ambil Masa Sebulan

GEORGE TOWN : Kerja-kerja naik taraf bagi mengelak masalah air bertakung di Lebuhraya Berkembar Bukit Kukus akan mengambil masa sekitar sebulan, kata Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Datuk Yew Tung Seang.

Beliau berkata pihaknya telah menambahkan 10 saluran keluar air di kedua-dua arah jalan, di samping menukar sistem paip sedia ada bersaiz empat inci kepada enam inci bagi melancarkan aliran air.

“Idea ini dicadangkan oleh jurutera reka bentuk daripada MBPP dan pakar dari Institut Kejuruteraan Malaysia (IEM), dan kerja-kerja itu sedang dilaksanakan oleh kontraktor sekarang ini.

“Tiada kesalahan pada reka bentuk asal, namun sekiranya terjejas dengan sampah sarap, perkara ini boleh berlaku. MBPP akan menyenaraikan perkara ini dalam tanggungan kecacatan kepada pihak kontraktor,” katanya kepada pemberita pada Jumaat.

Tambahnya, tempoh tanggungan kecacatan (DLP) projek lebuh raya itu telah bermula pada 24 Disember tahun lalu dan akan berakhir pada 24 Dis 2023.

Fasa 1 projek Lebuhraya Berkembar Bukit Kukus bernilai RM378.2 juta itu mengambil masa enam tahun untuk disiapkan, yang merupakan antara peruntukan paling besar dibiayai oleh MBPP setakat ini.


Sementara itu pihak MBPP turut mengambil langkah persediaan awal bagi menghadapi fenomena cuaca luar biasa dengan menggandakan kerja-kerja pembersihan longkang, parit dan kawasan sekitar untuk mengelak ia daripada tersumbat dan mengakibatkan air melimpah.

Selasa lepas hujan lebat dan angin kuat yang melanda beberapa kawasan di bahagian pulau di Pulau Pinang telah menyebabkan lebih 20 kawasan merekodkan kejadian pokok tumbang dan struktur bumbung tercabut dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Pulau Pinang memaklumkan kejadian angin kencang yang berlaku di negeri itu Selasa lepas berpunca daripada awan Cumulonimbus yang membawa ribut petir berskala kecil, dan ia boleh berlaku pada sebelah petang sepanjang minggu ini, dan pihaknya akan sentiasa memantau serta mengemas kini amaran cuaca dari semasa ke semasa.

Selain itu MBPP turut mengambil langkah proaktif dalam melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan pokok di tepi jalan bagi mengelakkan ia daripada tumbang, atau berlaku kejadian dahan patah ketika musim cuaca luar biasa.

-Awani

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori