Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Zarul Rebah Sebelum Konsert...

KUALA LUMPUR - Melunaskan tanggung jawab mendendangkan lagu Fantasi Musim Cinta hingga layak...

Adenan Mampu Laksana Banyak...

KUCHING - Tan Sri Adenan Satem telah melaksanakan banyak inisiatif sebagai Ketua Menteri...

Kejam! Kompressor Udara Dimasukkan...

MALANG menimpa seorang budak lelaki berusia 10 tahun yang bekerja sebagai buruh di sebuah...

Atlit Paralimpik Dijel 3...

MAHKAMAH Singapura pada Isnin menjatuhkan hukuman penjara selama 38 bulan kepada atlit paralimpik,...

PT3: Belum Ada Keputusan Rasmi – Radzi

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) belum membuat sebarang keputusan rasmi berkaitan pelaksanaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) bagi tahun ini.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, pada masa ini kementerian sedang meneliti pendekatan sesuai berkaitan PT3 dengan mengambil kira tahap penguasaan murid.

“Kita belum buat sebarang keputusan berkaitan PT3, ini jelas. Belum ada sebarang keputusan rasmi oleh KPM berkaitan PT3 ini.

“Justeru, kementerian sedang meneliti apakah pendekatan paling sesuai berkaitan PT3 ini dengan mengambil kira tahap penguasaan murid di sekolah,” katanya pada sidang akhbar Majlis Pelancaran Sekolahku Sejahtera di sini hari ini.


Baru-baru ini, tular di media sosial Facebook berhubung pemakluman pelaksanaan PT3 yang akan diadakan semula sekali gus mengundang pelbagai reaksi daripada ibu bapa.

Menerusi maklumat yang tular tersebut mengatakan, pelaksanaan PT3 akan diadakan semula pada tahun ini pada Oktober hingga November selari dengan Pemerkasaan PT3 yang tertangguh susulan pembatalan pelaksanaan PT3 bagi tahun 2020 dan 2021 akibat pandemik Covid-19.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori