Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Selendang Hijau ‘Ikatan Terakhir’...

TERTEKAN akibat hubungan tidak direstui keluarga, sepasang kekasih nekad mengikat badan mereka dengan...

Padah Jadi Bisu, Tekak...

HIKMAH... Umat Islam tentu maklum bahawa Rasulullah SAW lebih 14 abad lalu pernah...

Royalti Minyak: Kelantan Arah...

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan telah mengarahkan peguamnya menarik balik saman berhubung royalti...

Lebih Banyak Struktur Sabo...

KUALA LUMPUR - Kerajaan bercadang untuk membina lebih banyak ‘struktur sabo’ di seluruh...

Putin Arah Pasukan Nuklear Supaya Bersedia

Moscow : Presiden Rusia Vladimir Putin mengarahkan tenteranya meletakkan ‘pasukan pencegahan’ nuklear negara itu dalam keadaan berjaga-jaga pada Ahad dan menuduh Barat mengambil langkah “tidak mesra” terhadap negaranya.

AFP melaporkan, ketegangan antarabangsa sudah memuncak berikutan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine, dan arahan Putin akan menyebabkan kebimbangan berterusan.

Moscow mempunyai senjata nuklear terbesar di dunia dan gudang besar peluru berpandu balistik yang menjadi ‘tulang belakang’ pasukan pencegahan negara.

“Saya mengarahkan menteri pertahanan dan ketua kakitangan am angkatan tentera Rusia untuk meletakkan pasukan pencegahan tentera Rusia ke dalam mod khas perkhidmatan tempur.

“Anda melihat bahawa negara-negara Barat bukan saja tidak mesra negara kita dalam bidang ekonomi maksud saya sekatan tidak sah.

“Pegawai kanan negara Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) juga mengakui kenyataan agresif terhadap negara kita,” katanya dalam ucapan di televisyen.

Presiden Rusia itu pada Khamis mengarahkan pencerobohan Ukraine, mengejutkan seluruh dunia.

Tentera darat Rusia memasuki Ukraine dari utara, timur dan selatan menghadapi tentangan hebat daripada tentera Ukraine, menurut sumber Barat.


Pihak berkuasa Ukraine menyifatkan beberapa tentera Rusia sebagai lemah semangat dan keletihan, dengan mendakwa bahawa berpuluh-puluh sudah pun menyerah diri.

Sebelum ini, Ukraine berkata, lebih 1,000 askar Rusia terbunuh, manakala Rusia tidak mengeluarkan angka korban.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berkata, 25 orang awam terbunuh dan 102 cedera.

Sekutu Barat mengumumkan sekatan baharu terhadap Moscow, ketika Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskiy berkata, tentera Ukraine menghalang kemaraan tentera Rusia di Kyiv.

Laporan sebelum ini menyebut, Moscow mengarahkan tenteranya untuk mara dari semua arah di Ukraine pada Sabtu, ketika Kyiv mengenakan perintah berkurung.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori