Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Jemaah Haji Mula Pulang...

MAKKAH - Setelah lebih sebulan berada di Tanah Suci dan selesai menunaikan fardu...

Saran Syarikat Korporat Bantu...

ALOR GAJAH - Kerajaan negeri menyarankan lebih banyak syarikat korporat tampil membantu menstabilkan...

Ahli Perniagaan China Bayar...

GEORGE TOWN - Seorang ahli perniagaan warga China memberitahu Mahkamah Tinggi di sini...

KKM Keluar Garis Panduan...

PUTRAJAYA - Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam hari ini mengeluarkan garis...

Putin Hantar Tentera Ke Dua Wilayah Ukraine

Presiden Rusia Vladimir Putin mengiktiraf kemerdekaan dua wilayah di Timur Ukraine yang dikuasai kumpulan pemisah, Donetsk dan Lugansk semalam.

Putin dilapor mengarahkan tentera Rusia melancarkan operasi mengekalkan keamanan di kawasan itu, dengan mempercepatkan krisis yang dikhuatiri Barat boleh mencetuskan perang besar, lapor Reuters.

Tidak jelas sama ada tindakan ketenteraan Rusia akan dianggap oleh Barat sebagai permulaan pencerobohan ke atas Ukraine, yang sebelum ini Amerika Syarikat dan sekutunya telah memberi amaran selama beberapa minggu sejak kawasan itu dikawal oleh puak pemisah pro-Rusia dan Moscow.

Setakat ini, tiada maklumat mengenai jumlah pasukan yang dihantar oleh Putin, tetapi arahan yang dikeluarkan oleh Putin itu menyatakan Rusia kini mempunyai hak untuk membina pangkalan tentera di kawasan tersebut dan misi tentera adalah untuk mempertahankan keamanan.

Dalam satu ucapan panjang lebar di televisyen yang penuh rasa tidak puas hati terhadap pihak Barat, Putin, yang kelihatan berang, menggambarkan Ukraine sebagai sebahagian daripada sejarah Rusia.

Dia berkata Timur Ukraine adalah tanah Rusia dan dia yakin rakyat Rusia akan menyokong keputusannya.

Putin yang bertindak menentang amaran Barat, sebelum ini telah mengumumkan keputusannya itu dalam satu panggilan telefon kepada pemimpin Jerman dan Perancis, di mana kedua-duanya menyuarakan kekecewaan terhadap keputusan tersebut.

Setiausaha Agung Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) Jens Stoltenberg mendakwa Rusia terus menyemarakkan konflik di Timur Ukraine dan cuba memberi alasan untuk mengadakan pencerobohan seterusnya.


Rusia mengambil alih Crimea dari Ukraine pada 2014.

Dalam ucapannya, Putin menyentuh aspek sejarah sehingga empayar Uthmaniyyah dan menyentuh mengenai tindakan Nato yang meluaskan pengaruhnya di bahagian Timur, sehingga mencetuskan ketegangan, yang dianggap menggugat keselamatan Rusia.

Putin menepis amaran Barat bahawa tindakan yang diambilnya menyalahi undang-undang, mengekang rundingan damai dan mencetuskan sekatan.

“Saya percaya perlunya membuat keputusan yang sewajarnya sejak dahulu lagi – untuk segera mengiktiraf kemerdekaan dan kedaulatan Republik Rakyat Donetsk (DPR) dan Republik Rakyat Lugansk (LPR),” kata Putin.

Sebelum itu, dia berkata “sekiranya Ukraine menyertai Nato, ia akan menjadi ancaman langsung kepada keselamatan Rusia.”

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori