Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Maklumat Rompakan Kim K,...

SEBUAH laman web dewasa, Pornhub menawarkan ganjaran AS$50,000 (RM207,941) kepada orang ramai yang...

Masyarakat Dinasihati Tak Risau...

SEGAMAT - Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam hari ini menasihati masyarakat...

Pakatan Pembangkang Pengacau PRU14

ALOR SETAR - Pakatan pembangkang merupakan pengacau sebenar Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14),...

Gempa Bumi Tidak Jejas...

HULU TERENGGANU - Kejadian gempa bumi lemah di Tasik Kenyir di sini malam...

Rafizi Formula Datang Lagi

Bekas tokoh politik Pakatan Harapan (PH), Rafizi Ramli membuat kemunculan semula selepas begitu lama menyepi.

Mungkin kerana sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang cukup getir bakal PH harungi pada 12 Mac depan.

Tidak pasti sama ada Rafizi dan kumpulannya sukarela muncul semula atau atas permintaan mana-mana pihak.

Ibarat kepala kura-kura keluar dari cangkang sedikit demi sedikit selepas lama bersembunyi.

Ramai masih ingat Rafizi pada 2019 tiba-tiba mengumumkan persaraan dan tidak akan kembali ke arena politik.

Tindakan itu diambil pada waktu PH sedang berdepan kecaman teruk oleh rakyat yang berasa kesal mengundi PH.

Langkah Rafizi itu meredakan serangan masyarakat terhadapnya yang pernah berjanji itu dan ini untuk PH pada PRU-14.

Sama seperti Nurul Izzah Anwar yang tiba-tiba memaklumkan tidak mahu ada kena mengena dengan kerajaan PH.

Semasa PRU-14 wanita itu banyak berjanji kepada rakyat. Pendidikan percuma, hapus PTPTN, Radiohead.

Langkah Nurul Izzah juga berjaya menyebabkan rakyat terlupa kemarahan yang membuak terhadapnya.

Seperti biasa Rafizi yang kaya dengan ‘formula’ tiba-tiba kembali menyerang Datuk Seri Najib Tun Razak menjlang PRN Johor.


Memang diketahui Rafizi yang ketiga selepas Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam ranking meratib nama Najib.

Tetapi usaha Rafizi untuk kembali agak menghiburkan kerana cuba bermula dengan mempertahankan formula harga petrol.

Tetapi dengan sedikit “corner” iaitu jika kerajaan meneruskan dasar subsidi Najib harga petrol hari ini mungkin cecah RM4 seliter.

Begitulah cara mereka berpolitik semuanya berdasarkan andaian untuk menimbulkan keraguan rakyat.

Secara logik tiada siapa akan berfikir Najib akan sanggup membiarkan rakyat terpaksa membayar petrol RM4 seliter.

Dasar ekonomi berdasarkan situasi semasa. Jika minyak mentah setong meningkat tinggi ketika ini dasar ekonomi juga berubah.

Yang tidak berubah kerajaan PH tetap meneruskan sistem apung harga minyak kerana menyedari itu yang terbaik buat negara.

Satu lagi perkara tidak berubah adalah harga petrol tidak turun kepada RM1.50 seliter selepas kerajaan PH menang PRU-14.

Mynewshub-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori