Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

PRU15: Pemimpin UMNO Mula...

KUALA LUMPUR - Pemimpin-pemimpin UMNO mula tiba di Ibu Pejabat UMNO, Menara Dato'...

Forex: Penubuhan RCI Tanpa...

PUTRAJAYA – Pakatan Harapan tidak seharusnya mempolitikkan keputusan untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja...

Kantoi Seludup BF Keluar...

BENARLAH kata pepatah bahawa cinta itu buta dan mampu menjadikan seseorang bertindak di...

Himpunan Puak Pemisah Sarawak...

KUCHING - Jika mengambil kira segala macam promosi dan propaganda kumpulan pemisah ini,...

Rt Covid-19 Menurun Kepada 1.21

Kuala Lumpur : Kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) Covid-19 di negara ini menurun kepada 1.21 pada Sabtu 19 Februari 2022, berbanding 1.24 yang direkodkan hari sebelumnya.

Data dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menunjukkan bahawa pada Sabtu sebanyak 13 negeri mencatatkan nilai Rt lebih tinggi berbanding Rt nasional.

Negeri yang mencatatkan nilai Rt melebihi 1.21 adalah Labuan (1.71), Sarawak (1.48), Sabah (1.40), Pulau Pinang (1.36), Terengganu (1.36), Negeri Semnbilan (1.35), Perlis (1.32), Kedah (1.31), Kelantan (1.31), Selangor (1.30), Pahang (1.29), Johor (1.24) dan Kuala Lumpur (1.22).

Negeri dengan kadar Rt di bawah paras 1.21 adalah Perak (1.20), Melaka (1.19) dan Putrajaya (1.17).

Semalam, Malaysia merekodkan 26,832 kes baharu menjadikan keseluruhan kes positif di negara ini mencecah 3,221,680 kes.

Dr Noor Hisham berkata, maklumat terperinci berkenaan situasi semasa jangkitan dan

penularan Covid-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my yang mana data akan dikemaskini pada jam 12 tengah malam setiap hari.


“KKM ingin menasihati orang ramai supaya terus mematuhi saranan serta nasihat kesihatan yang sering ditekankan seperti elakkan 3S (elakkan kawasan yang sesak, sempit, dan sembang dengan jarak yang dekat).

“Amalkan 3W (Amalkan Wash, Wear, and Warn); sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan.

“Amalkan TRIIS (Trace, Report, Isolate, Inform, and, Seek) sebelum menghadiri aktiviti sosial atau sekiranya bergejala, jalani segera ujian saringan Covid-19,” katanya.

Beliau berkata, individu positif Covid-19 kategori 1 dan 2A serta tidak berisiko tinggi (60 tahun ke bawah dan tidak mempunyai komorbid) tidak perlu hadir ke Pusat Penilaian Covid-19 (CAC), sebaliknya hanya perlu melakukan pemantauan kendiri melalui Health Assessment Tool (HAT) dalam aplikasi MySejahtera.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori