JOHOR BAHRU: Pengagihan tiga kerusi PKR kepada Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) masih belum dapat dimuktamadkan.
Bagaimanapun, Presiden Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abd Rahman, berkata perbincangan kerusi bersama PKR itu akan diteruskan secara tertutup di meja pembangkang, sebelum apa-apa kenyataan dikeluarkan.
“Perbincangan kerusi antara PKR dan MUDA dibuat secara tertutup dan sulit dan masih belum dimuktamadkan.
“Jika perbincangan itu tidak mencapai kata sepakat dan menemui jalan buntu, MUDA akan maklumkan media tentangnya.
“Kita sudah ada beberapa kerusi untuk ditandingi dari rakan pembangkang dan mencuba sebaik mungkin untuk kurangkan pertindihan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas pelancaran Jentera Pakatan Harapan (PH) dan MUDA, di sini, hari ini.
Hadir sama, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
Ditanya bila MUDA akan mengumumkan jumlah sebenar kerusi yang akan ditandinginya, Syed Saddiq yang juga Ahli Parlimen Muar berkata, perkara itu akan dilakukan selepas semua perbincangan dimuktamadkan.
“Calon pertama MUDA membabitkan kerusi Puteri Wangsa akan diumumkan malam ini, namun buat masa ini kita akan berunding dulu sebelum memberi kenyataan lanjut,” katanya.
Sebelum ini desas-desus timbul mendakwa rundingan kerusi antara PKR dan MUDA berlangsung dalam suasana tegang.
Ia apabila MUDA didakwa mahu kerusi Larkin dan Bukit Gambir namun ditawarkan kerusi Tanjung Surat, Sri Medan dan Semarang, tiga kerusi luar bandar yang menjadi kubu kuat UMNO.
Hari ini, Anwar mengumumkan lima kerusinya bagi Johor Selatan termasuk DUN Larkin yang akan ditandingi calon parti itu iaitu Dr Zamil Najwah Arbain.
Dalam pada itu, Syed Saddiq ketika berucap pada majlis pelancaran berkenaan berkata, PRN Johor patut dijadikan titik penentu kepada permulaan kebangkitan rakyat untuk lawan kebobrokan dan keangkuhan UMNO dan BN.
“Ia bukan pilihan raya yang mudah tetapi jika pada PRU-14, Johor yang sebelum ini kubu kuat UMNO berjaya ditumbangkan atas semangat kerjasama pembangkang, jadi tiada sebarang alasan ia tidak boleh diulangi semula.
“Kita perlu gembleng tenaga bersama. Ia bukan mudah tapi saya yakin dengan strategi yang baik, kita mampu lakukan apa yang mustahil seperti PRU-14 lalu,” katanya.
BHonline-
You actually make it appear so easy together with your presentation but
I find this matter to be really something that I
believe I might by no means understand. It sort of feels too complicated and very vast for me.
I am taking a look forward on your next publish,
I will attempt to get the cling of it! Escape room
I like this web blog very much, Its a really nice position to read and
find information..