Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

MAIPs Sumbang RM1.45 Juta...

KANGAR - Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) menyumbang RM1.45...

APMM Lancar Operasi Khas...

MARANG - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) melancarkan Operasi Khas Timur Laut bagi...

Pelantikan Muhammad Ganti Zeti...

KUALA TERENGGANU - Pelantikan Datuk Muhammad Ibrahim sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM)...

3 Lelaki Bebas Tuduhan...

IPOH - Tiga lelaki dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari...

Rusia Isytihar Perang Ke Atas Ukraine

KIEV – Presiden Rusia, Vladimir Putin pada Khamis mengarahkan tenteranya melakukan satu operasi ketenteraan di Ukraine.

Menurut agensi berita AP, tujuan operasi itu diadakan adalah untuk melindungi orang awam.

Beliau yang berucap menerusi televisyen Rusia menyatakan operasi tersebut dilancarkan berikutan ancaman daripada Ukraine.

Namun, Putin menyatakan ia tidak berhasrat untuk menjajah Ukraine.

Presiden Rusia itu berkata, tanggungjawab pertumpahan darah kini terletak kepada rejim pemerintahan Ukraine.

Beliau juga memberi amaran bahawa negara-negara lain yang campur tangan dalam krisis tersebut akan menerima padah.

Dalam pada itu, satu letupan kedengaran dekat bandar raya Mariupol, Ukraine berdekatan dengan sempadan Rusia pada awal pagi Khamis.


Letupan itu berlaku beberapa jam selepas Amerika Syarikat (AS) memberi amaran kepada kerajaan Ukraine bahawa tentera Rusia bersedia untuk pergi berperang dengan melakukan pencerobohan ke atas negara tersebut.

Rusia juga mengeluarkan notis yang memberitahu ruang udara di sempadan timur laut negaranya dengan Ukraine disekat.

Pengumuman itu menyebabkan Ukraine pada Khamis menyatakan ia telah melakukan sekatan ke atas penerbangan awam di ruang udaranya ekoran isu- isu kebahayaan.

Setakat ini tidak diketahui sama ada letupan itu adalah bedilan daripada tentera Rusia.

Letupan juga kedengaran di ibu kota Ukraine Kiev, menurut CNN.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori