Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Polis Rampas Dadah Bernilai...

KOTA KINABALU - Polis menahan seorang wanita dan merampas kira-kira 2.02 kilogram dadah...

Tiada Sambutan Kejayaan, Semua...

KUALA LUMPUR — Suasana sederhana tanpa sebarang sambutan jelas kelihatan di Sekolah Kebangsaan...

Gambar Lucah Lelaki Mirip...

KUALA LUMPUR - Sekeping gambar lucah seorang lelaki mirip pendakwah selebriti PU Rizz...

Ahli Parlimen GPS Akan...

KUCHING - Dakwaan Pakatan Harapan (PH) kini mempunyai sokongan 129 Ahli Parlimen dibuat...

Rusia Musnahkan Sistem Pertahanan Udara Ukraine

MOSCOW – Kementerian Pertahanan Rusia menyatakan hari ini bahawa tenteranya telah memusnahkan pangkalan-pangkalan udara dan sistem pertahanan udara tentera Ukraine, beberapa jam selepas Putin menyerang negara jirannya itu.

“Infrastruktur ketenteraan di pangkalan-pangkalan udara tentera Ukraine tidak dapat beroperasi,” kata kementerian berkenaan dalam kenyataan yang disiarkan oleh agensi-agensi berita sambil menambah, sistem pertahanan udara Kiev telah dimusnahkan.

Di pihak Kiev, tentera negara itu mendakwa telah menembak jatuh lima pesawat perang dan helikopter Rusia di timur Ukraine, dekat rantau yang dikuasai pemberontak pro-Rusia.

Dalam pada itu, Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden menyatakan bahawa ‘dunia akan menyalahkan Rusia’ berhubung serangan tentera ke atas Ukraine dan memberi amaran tentang ‘kematian dahsyat.’


Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan sejurus selepas Presiden Rusia, Vladimir Putin mengumumkan permulaan operasi tentera ke atas Ukraine hari ini, Biden berkata, beliau akan membuat ucapan kepada rakyat AS hari ini (waktu Malaysia) bagi menggariskan ‘padah’ yang menanti Moscow sambil menyifatkan pencerobohan Kremlin itu sebagai ‘tanpa provokasi dan justifikasi’.

Kosmo-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori