Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Najib Minta Penjawat Awam...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meminta penjawat awam mentaati...

DBP Akan Terus Pujuk...

KUALA LUMPUR – Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) tidak akan berputus asa memujuk...

Sabah Tewas 0-4 Kepada...

KOTA KINABALU - Rekod tanpa kalah Sabah dalam saingan Piala Malaysia lebur di...

Cerita Indah Di Sebalik...

KHABARNYA ramai dilaporkan 'terlopong mulut' apabila menonton program serius Soal Jawab yang disiarkan...

Rusia Umum Tamat Latihan Tentera Crimea, Tentera Pulang

MOSCOW : Russia mengumumkan latihan ketenteraan di Crimea berakhir dan mengarahkan pengunduran pertama tenteranya dari sempadan Ukraine.

Kementerian Pertahanan dalam kenyataan memaklumkan, kereta perisai, kenderaan infantri dan artileri turut meninggalkan Crimea melalui landasan.

“Unit dari Tentera Daerah Selatan yang menamatkan penyertaan dalam latihan taktikal, sudah bergerak ke lokasi penempatan kekal mereka,” katanya.

Pengunduran itu turut dipaparkan oleh stesen televisyen tempatan, menunjukkan unit tentera menyeberangi jambatan dikawal Russia menuju ke tanah besar.

Pengumuman itu hadir selepas Moscow memaklumkan bahawa ia akan menghantar pulang tentera yang dikerah ke sempadan negara jiran.


Bagaimanapun, pemimpin Barat tetap menyuarakan kebimbangan bahawa Russia masih dilihat berupaya melancarkan serangan ke atas Ukraine.

Malah, Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden memberi amaran bahawa serangan oleh Moscow berkemungkinan boleh berlaku.

Biden dilaporkan berkata, di sebalik pengumuman Russia, Washington dan sekutunya masih belum dapat mengesahkan sebarang pengunduran tentera dilakukan Moscow dari sepanjang sempadan Ukraine.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori