Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Tingkat Usaha Kebersihan Untuk...

KUALA LUMPUR - Masyarakat perlu bersama-sama mengambil tanggungjawab dalam memerangi wabak denggi dengan...

Pemandu Kereta Seret Anjing...

BANDAR WUXI - Tindakan seorang lelaki di sini memandu kereta sambil menyeret seekor...

Pertukaran Dalaman Di JPN,...

PUTRAJAYA - Semua pertukaran dalaman di peringkat jabatan pendidikan negeri (JPN) dan pejabat...

‘Mahasiswa Lain Tekun Belajar,...

MELAKA  -- Mahasiswa Melayu digesa supaya mengelak daripada menyertai demonstrasi sia-sia sebaliknya menumpukan perhatian...

Salah Faham, Lelaki Tikam Teman Wanita Sebelum Bunuh Diri

MELAKA : Seorang lelaki dipercayai menikam teman wanitanya sebelum bertindak membunuh diri hanya kerana perselisihan faham dalam hubungan di sebuah rumah di Taman Merdeka, Batu Berendam di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, mayat gadis berusia 22 tahun ditemui dalam keadaan berlumuran darah dengan kesan tusukan pisau di badan.

Katanya, turut ditemui mayat teman lelaki gadis berkenaan berusia lewat 20-an dengan kesan tikaman pisau pemotong sayur pada perutnya.

“Kita menerima maklumat kejadian daripada rakan gadis itu yang sempat menghubunginya meminta tolong selepas berlaku pertengkaran antara pasangan berkenaan.

“Sebaik tiba, pintu rumah dalam keadaan berkunci menyebabkan kita terpaksa meminta bantuan bomba untuk memecah masuk rumah terbabit,” katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati pemuda itu dipercayai terlebih dulu menikam teman wanitanya selepas berlaku perselisihan faham sebelum menikam dirinya sendiri berdasarkan penemuan sebilah pisau pemotong sayur di perut pemuda berkenaan.


“Pemeriksaan turut menemui minyak tanah berhampiran pemuda terbabit dengan kesan mulut yang berbuih yang mana ada kemungkinan dia cuba bunuh diri dengan meminum minyak tanah sebelum menikam dirinya sendiri.

“Sebelum kejadian, gadis terbabit yang dikesan positif COVID-19 berdasarkan semakan di aplikasi MySejahtera sempat menghubungi rakannya bagi meminta bantuan,” tambahnya lagi.

Christopher bagaimanapun berkata, polis masih menyiasat motif sebenar kejadian dan punca kematian pasangan muda berkenaan.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori