Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Cadangan Tubuh Kor Kadet...

LENGGONG - Polis DiRaja Malaysia (PDRM) bercadang menubuhkan Kor Kadet Polis di semua...

Jangan Guna Jakim Pertahan...

KETUA Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki melahirkan rasa kesal apabila Jabatan...

BN Perak Umum Senarai...

IPOH : Barisan Nasional (BN) Perak hari ini, mengumumkan senarai calon bagi 24...

Jangan Jadikan Bencana Banjir...

KOTA BHARU - Majlis Keselamatan Negara (MKN) Kelantan menasihatkan penduduk di negeri itu...

Salji Turun Di Gunung Kinabalu

RANAU – Fenomena salji turun kira-kira tiga minit di Sayat-Sayat sehingga ke puncak Gunung Kinabalu iaitu di Kilometer 8.72 pada Isnin menggemparkan pendaki termasuk malim Gunung Kinabalu.

Kehadiran salji itu sempat dirakam oleh pelatih laluan Via Ferrata, Hajiri Sulumin, 47, ketika sedang menunggu pendaki di Sayat-Sayat pada jam 7.18 pagi.

Menurut Hajiri, kejadian itu berlaku secara spontan tetapi dalam tempoh masa yang pendek antara dua hingga tiga minit.

“Ketika itu saya sedang menunggu pendaki yang berada di puncak dan tiba-tiba ada salji turun tetapi sekejap saja antara dua hingga tiga minit.

“Ketika kejadian, saya berada di Sayat-Sayat Check Point dan saya percaya ia sehingga di puncak,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Jelasnya lagi, strukturnya memang salji dan bukannya seperti ketulan ais yang biasa mereka lihat ketika di puncak Gunung Kinabalu.

“Ia memang salji seperti kepingan ringan, kalau ketulan ais ia berat.


“Ada ramai pendaki ketika itu dan saya terpaksa menunggu mereka lebih lama sedikit kerana pendaki yang lain sedang menyaksikan kehadiran ‘salji’ di atas puncak,” katanya.

Katanya lagi, sejak 11 tahun menjadi pelatih Via Ferrata, kejadian itu bukan kali pertama ia berlaku dan dia pernah saksikan fenomena yang sama pada 2018.

Sementara itu, Pengurus Taman Kinabalu, Justinus Guntabid memaklumkan fenomena salji turun di Gunung Kinabalu turut pernah direkodkan pada 1975 dan 1993.

“Purata suhu di Panalaban pada jam 2 hingga 10 pagi tadi kira-kira 6.9 hingga 12.3 darjah celsius.

“Kiranya hari ini lebih sejuk daripada biasa tetapi kalau di atas mungkin lebih sejuk lagi dan mereka yang melihat salji hari ini dianggap bertuah,” katanya.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori