Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Kiswah Kaabah Akan Dipamerkan...

DATUK Seri Najib Razak dijangka mempamerkan kepada khalayak kain kiswah Kaabah diterimanya daripada...

Kisah Sejarah Penaik Bendera...

KUALA LUMPUR - Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bersama Arkib Negara Malaysia (ANM)...

Kanak-Kanak Dilapor Hilang Ditemui...

PUTRAJAYA - Seorang kanak-kanak yang dilaporkan hilang ketika berada di bawah jagaan sebuah...

Vaksin Pertama Tiba Ahad...

KUALA LUMPUR - Vaksin COVID-19 jenis Pfizer-BioNTech akan tiba di negara ini pada...

‘Saya Akan Lawan KJ Di Mahkamah’

Bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Lokman Noor Adam berkata dia bersedia berdepan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang menyamannya di mahkamah.

Lokman berkata demikian setelah menerima dokumen-dokumen berkaitan saman fitnah yang dibuat Khairy pada 25 Januari lalu.

“Saya dah terima (dokumen saman) dua hari lepas dan saya akan lawan,” katanya ringkas kepada Malaysiakini.

Khairy turut menyaman penceramah kontroversi Mohd Rasyiq Mohd atau lebih dikenali sebagai Abu Syafiq.

Saman itu dibuat susulan tulisan di atas talian antara 20 Oktober tahun lepas hingga 10 Januari tahun ini berkaitan program vaksinasi Covid-19 kerajaan.


Saman itu difailkan melalui tetuan Rashid Zulkifli selepas defendan enggan mematuhi tuntutan Khairy antaranya supaya dakwaan-dakwaan mereka dipadam pada 16 Januari lalu.

Terdahulu, Mohd Rasyiq berkata dia akan mengemukakan saman balas sebanyak RM500 juta terhadap Khairy.

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori