Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Bursa Dijangka Diniagakan Tak...

KUALA LUMPUR - Bursa Malaysia dijangka meneruskan dagangan tidak menentunya dengan kecenderungan diniagakan...

2 Buah Rumah Panjang...

MIRI – Seramai 450 penghuni dua buah rumah panjang kayu di Sibuti yang...

Sultan Selangor Ziarah Makam...

KLANG - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berangkat menziarahi Makam...

Suami Pilu Hilang Isteri,...

MARAN – Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang menjelang tiba, jadi hambar bagi seorang...

‘Saya Reda Dikompaun’

ISKANDAR PUTERI : Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein reda dikompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) pada program pelancaran Briged MIC Johor, hari ini.

Hishammuddin yang juga Bendahari Barisan Nasional (BN) berkata, beliau akan berhadapan dan bertanggungjawab atas kesalahannya itu.

“Kalau kita langgar SOP kena bayar kompaun. Inilah saya punya kebimbangan. Bila kita buat program dan benarkan program politik, ia susah nak dikawal. Jadi jika tak boleh dikawal dan melanggar SOP, mereka terpaksa berhadapan dengan kompaun.

“Saya reda jika membabitkan diri sendiri sekali pun,” katanya ketika ditemui media selepas pelancaran program berkenaan.

Terdahulu, Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan tiga pemimpin BN yang hadir ke pelancaran Briged MIC Johor yang berlangsung petang tadi dikompaun kerana melanggar SOP.

Menteri, Khairy Jamaluddin, dilaporkan mengarahkan pegawai KKM Putrajaya mengeluarkan kompaun itu terhadap Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran; Bendahari Agung BN, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein serta Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad.

Program pelancaran Briged MIC Negeri Johor diadakan di Stadium Tertutup Educity di sini bermula jam 5 petang tadi sebelum berakhir pada jam 7.15 malam tadi.


Kira-kira 3,000 ahli MIC hadir pada program berkenaan.

Dalam pada itu, Hishammuddin yang juga Ahli Parlimen Sembrong berkata, apabila datang ke satu-satu program, beliau sendiri tidak tahu apa yang akan berlaku.

“Sebab itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini kita kena ambil kira kelonggaran yang diberi. Masalahnya kita susah nak kawal (jika program/kempen dibenarkan).

“Ini akan diambil kira Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) nanti apabila nak menentukan SOP masa PRN Johor.

“Tapi bagi diri saya, jika ada kesalahan dalam pelanggaran SOP kali ini, nak ambil tindakan, saya alu alukan. Salah tetap salah,” katanya.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori