Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

5 Lagi Disiasat Kes...

KUALA LUMPUR - Kementerian Komunikasi dan Multimedia dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah...

Hak, Pembangunan Sarawak Akan...

MIRI - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi memberi jaminan...

Kerajaan Jamin Kesejahteraan Rakyat...

MUAR - Kerajaan tetap memberi jaminan akan mengutamakan kepentingan dan kesejahteraan rakyat walaupun...

Mercun Dan Dadah Bernilai...

GEORGE TOWN : Polis Pulau Pinang berjaya merampas pelbagai jenis mercun dan dadah...

Saya Sudah Beri Amaran Inflasi: Najib

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa telah berulang kali memberi amaran bahawa inflasi akan menjadi masalah besar kepada negara.

Najib menerusi hantaran di Facebook beliau pada Jumaat berkata, langkah-langkah dan dasar proaktif perlu dilaksanakan untuk meredakan tekanan serta menstabilkan harga untuk jangka pendek terutama membabitkan makanan.

“Semalam, Amerika Syarikat (AS) umum kadar inflasi negara tersebut naik ke 7.5 peratus, kadar paling tinggi sejak 40 tahun lalu. Ini berikutan United Kingdom (UK) juga catat inflasi tertinggi sejak 30 tahun lalu.

“AS dan UK tidak ada UMNO mahupun Barisan Nasional (BN), jadi tak perlulah pihak sebelah sana nak buat propaganda bahawa harga akan naik bawah UMNO dan BN,” katanya.

Menurut Ahli Parlimen Pekan itu, kadar inflasi dunia yang naik secara mendadak disebabkan sekatan pergerakan atau ‘lockdown’ yang dilaksanakan di seluruh dunia susulan pandemik Covid-19.

“Kenapa inflasi dunia tiba-tiba naik bukan susah untuk faham. Lockdown yang dibuat seluruh dunia pada tahun 2020 dan 2021 telah halang pengeluaran bagi semua jenis komoditi.


“Akibatnya, stok bekalan dan stok turun. Apabila aktiviti ekonomi dibuka semula dan pengguna berebut-rebut membeli semula maka, permintaan naik mencanak,” jelasnya.

Tambah Najib, dalam dasar asas ekonomi, permintaan yang meningkat ketika stok berkurangan menyebabkan harga barang naik dan inflasi mencanak.

Najib sebelum ini dilihat antara individu yang lantang bersuara terutama mengenai isu kenaikan harga barang yang semakin meresahkan rakyat.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori