Kini orang Johor ada sebab dan alasan kukuh untuk memastikan PN tidak menang di Johor pada 12 Mac ini.
Jika PN menang maka Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md. Yasin akan jadi penasihat ekonomi Johor.
“Saya akan bantu Johor, siapa bakal jadi Menteri Besar PN, tak kira siapa, dia adalah orang yang layak dan saya boleh jadi penasihat ekonomi”
– Mahiaddin, 17 Februari 2022
Orang muda Johor yang kurang faham tentang perkara ini kena rajin buat “research” sikit perihal lalu.
Boleh tanya otai-otai politik di Johor mengapa Mahiaddin ditarik ke Kerajaan Pusat semasa beliau masih MB Johor.
Dan renung-renungkan juga kemerosotan ekonomi negara semasa beliau menjadi Perdana Menteri.
Melaksanakan PKP separuh masuk menyebabkan rakyat mengalami kesulitan kewangan.
Sehingga ada yang terpaksa mengibarkan bendera putih merayu bantuan makanan.
Beliau diberi kuasa penuh membelanjakan wang negara, tetapi kadar keberhutangan meningkat.
Apakah ada dasar-dasar dan polisi-polisi ekonomi baharu yang berkesan beliau perkenalkan sepanjang menjadi PM.
Satu-satunya yang rakyat merasai wang KWSP mereka sendiri itupun kerana desakan Najib dan rakan-rakan.
Dan menjelang 12 Mac 2022 beliau mahu ditampilkan lagi sebagai hero membenarkan pengeluaran KWSP.
Mynewshub-