Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Tikus Di Celah Rak...

Umum mengetahui tikus adalah binatang yang sinonim dengan kekotoran.Jadi apabila ia ditemui bersama...

PPBM Biadab Kecoh Di...

JIKA dahulu, DAP terpaksa 'mempergunakan' Pemuda PAS untuk membuat perhimpunan kecoh, namun kali...

3 Ditahan SPRM Kemuka...

ALOR SETAR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah menahan seorang pegawai syarikat...

Papan Tanda Bahasa Inggeris...

USAHA pihak berkuasa mendirikan papan tanda sebagai peringatan atau amaran kepada orang awam sememangnya...

Semua Parti Perlu Akur SOP PRN Johor

JOHOR BAHRU – Semua parti politik yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor perlu akur dengan prosedur operasi standard (SOP) yang sudah ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Jumaat.

Presiden MCA, Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong berkata, ketetapan itu dibuat untuk menjaga keselamatan dan kesejahteraan semua pihak terutama rakyat Johor bagi membendung penularan Covid-19.

Pengerusi MCA Johor itu berkata, parti politik harus bersyukur kerana masih diberi peluang untuk berkempen walaupun dalam keadaan terhad kepada 100 orang sahaja.

“Dulu ketika PRN Melaka, banyak perkara yang tidak boleh dilakukan, sekurang-kurangnya sekarang kita boleh duduk di bilik gerakan, di pejabat masing-masing dan mengadakan perbincangan atau membuat program.

“Kalau sebelum ini tidak boleh berkempen rumah ke rumah, sekurang-kurangnya sekarang kita dapat buat walaupun tidak masuk ke dalam, di luar pagar atau di luar pintu sahaja sudah mencukupi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Program Transformasi Perkhidmatan Bas Henti-henti (SBST) Johor Bahru di Renaissance Hotel, Johor Bahru, pada Ahad.

Turut hadir Menteri Besar Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad dan Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Datuk Isham Ishak.


Mengulas lanjut, Ka Siong berkata, keputusan SOP itu dibuat selepas SPR melakukan penilaian risiko melibatkan situasi semasa Covid-19 dalam negara dan di negeri ini khususnya.

Sebelum ini, Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan ketika berucap melancarkan Jentera Perikatan Nasional (PN) Ledang di Tangkak, pada malam Sabtu, menyifatkan SOP untuk PRN Johor tidak adil dan memihak kepada UMNO dan BN.

Beberapa parti politik sebelum itu antaranya DAP dan PKR mengkritik SOP tersebut yang dianggap berat sebelah dan menyusahkan rakyat.

Sehubungan itu mereka mendesak SPR mengkaji semula SOP berkenaan serta memberi lebih kelonggaran khususnya jumlah peserta dan tempoh berkempen yang dihadkan sehingga jam 10 malam dapat dipanjangkan.

SinarHarian-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori