Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Nawawi Tak Terkejut Tun...

KUALA LUMPUR – Anggota Parlimen Langkawi Datuk Nawawi Ahmad tidak terperanjat dengan keputusan...

Wanita PAS Kelantan Sokong...

KUALA LUMPUR - Dewan Muslimat PAS Kelantan (DMPK) tetap menyokong penuh Presidennya, Datuk...

Peguam Hartanah Pecah Amanah...

KUALA LUMPUR - Seorang peguam hartanah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di...

Haqiem Rusli Pegang Teguh...

KEJAYAANNYA dalam dunia seni bermula pada usia 18 tahun walaupun sudah lama menapak...

Setiap Penguat Kuasa Wajib Lengkapi Kamera Badan

PETALING JAYA : Pemakaian kamera badan kepada setiap ahli penguat kuasa perlu dilaksanakan bagi memelihara integriti setiap pasukan selain dapat membentuk sikap telus dan profesional semasa berdepan dengan masyarakat.

Malah, pengenalan pemakaian kamera badan kepada anggota polis bertugas pernah diusulkan pada 2014, namun, tiada pelaksanaan susulan.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan memaklumkan, beliau pernah mencadangkan pemakaian kamera di setiap anggotanya, namun tidak mendapat maklum balas daripada kerajaan.

Menurut beliau, kamera badan seperti dipakai oleh pegawai polis di United Kingdom (UK) membantu meningkatkan kepercayaan masyarakat dan melindungi nama baik badan itu daripada segala tomahan.

“Dengan adanya kamera badan, pegawai akan sentiasa berada dalam keadaan sedar bahawa gerak geri mereka dirakam dan akan sentiasa bersikap professional dalam menjalankan tugas serta tanggungjawab mereka.

“Malah, jika ada sebarang tomahan mengenai pecah amanah atau salah laku seperti kes-kes yang tular di media sosial sebelum ini, kita dapat lihat daripada klip rakaman kamera badan tersebut untuk mempermudahkan siasatan,” katannya semasa dihubungi.

Terdahulu, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) akan membuat pelaksanaan secara berperingkat bagi pemakaian kamera badan kepada penguatkuasanya dan dijangka selesai pada Jun ini.


Pemakaian kamera badan itu dikatakan sebagai usaha menangani salah laku dan aktiviti rasuah dalam kalangan pasukan uniform berkenaan dan sudah dilengkapkan dengan lebih 100 pegawai badan tersebut termasuk petugas barisan hadapan seperti di pintu masuk negara.

Dalam pada itu, Musa berkata, semua penguat kuasa perlu dipakaikan alat teknologi tersebut bagi menjamin mereka menjalan tugas dengan amanah sekali gus mampu menaikkan integriti kerajaan.

“Kamera badan itu ada mekanismenya sendiri, apabila ia dirakam klip rakaman itu tidak boleh dipadam atau dicabut. Hanya pasukan teknikal sahaja boleh melihat atau memainkan klip tersebut. Jadi pegawai yang melakukan kesalahan tidak boleh memadam video itu,” ujarnya.

Tambahnya, setiap penguat kuasa dinasihatkan untuk tidak memakai barangan peribadi seperti telefon bimbit semasa menjalankan tugas dan perlu memakai teknologi yang dikhaskan seperti walkie-talkie.

“Sepatutnya setiap pegawai tak boleh memakai telefon sendiri semasa bertugas, harus menggunakan walkie talkie kerana apabila menggunakan alat tersebut, setiap perbualan akan didengari oleh bilik Gerakan dan tidak menimbulkan sebarang perkara buruk,” jelasnya.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori