Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

MARDI Membangun Pesat Selama...

KOTA KINABALU - Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) telah membawa pelbagai...

Angkara Pisang Setandan, Buruh...

ALOR SETAR - Padah mencuri setandan pisang, seorang buruh dijatuhi hukuman penjara 14 hari...

Mayat Kanak-Kanak Dipercayai Diserang...

KUCHING - Mayat seorang kanak-kanak yang dipercayai diserang buaya di sungai Kampung Bungin,...

Nora Danish, Nedim Nazri...

BARU-baru ini memang ada desas-desus menyatakan pelakon jelita, Nora Danish bakal mendirikan rumah...

Singapura Luluskan Rawatan Oral Pertama Untuk COVID-19

SINGAPURA: Singapura meluluskan PAXLOVID Pfizer sebagai ubat pil pertama untuk rawatan COVID-19 dengan gejala ringan hingga sederhana bagi pesakit dewasa yang berisiko tinggi , bertujuan mengurangkan risiko kemasukan ke hospital dan kematian.

Di laman webnya hari ini, Pihak Berkuasa Sains Kesihatan (HSA) republik itu berkata ia pada 31 Jan memberikan kebenaran sementara untuk PAXLOVID, gabungan dua ubat, nirmatrelvir (ubat antivirus) dan ritonavir (bagi mengekalkan paras darah nirmatrelvir untuk keberkesanan antivirus).

“PAXLOVID perlu diambil dua kali sehari selama lima hari, dan rawatan harus dimulakan secepat mungkin selepas diagnosis dilakukan, dalam tempoh lima hari daripada permulaan simptom COVID-19,” kata HSA.

“Ia akan ditentu dan diutamakan kepada mereka yang berisiko tinggi menghidap penyakit COVID-19 yang teruk, seperti yang diarahkan oleh Kementerian Kesihatan,” katanya sambil menambah bahawa data keselamatan menunjukkan PAXLOVIDTM tidak memudaratkan dan laporan kesan sampingan buruk dalam kajian klinikal secara amnya rendah.


Kelulusan itu dibuat di bawah Laluan Akses Khas Pandemik (PSAR) dan setelah berunding dengan Jawatankuasa Penasihat Ubat-ubatan HSA.

Bernama-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori