Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Masalah Pembelian Tiket Dalam...

MENERUSI maklumat yang dikongsikan seorang pemilik akaun Facebook bernama Zully Azizan, beliau meluahkan rasa...

Rakyat Malaysia Dikecualikan Sekatan...

SINGAPURA - Sekatan sempadan baharu terhadap pengembara, termasuk dari ASEAN tidak membabitkan laluan...

PERDA Bidas Guan Eng...

BUTTERWORTH - Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) hari ini membidas dakwaan Ketua...

Aktivis LGBT Gesa Siasat...

PERTAHAN... Ketika ramai netizen tempatan kutuk tindakan pasangan lelaki bogel puas 'berjimak' dalam...

SPRM Akan Panggil Pegawai Kanan MARA

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil 17 individu termasuk lima yang dikaitkan dengan dakwaan salah guna kuasa pegawai kanan Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Setakat ini, SPRM juga sudah memanggil seramai 14 saksi termasuk empat ahli Lembaga Pengarah MARA Corporation (MARA Corp), tujuh orang dari pengurusan MARA Corp serta dua pegawai MARA dan seorang dari sebuah syarikat setiausaha korporat dan syarikat perkhidmatan penyumberan luar korporat agensi itu.

Jurucakap SPRM berkata, empat ahli Lembaga Pengarah MARA Corp dipanggil untuk dirakam percakapan bersama empat pegawai MARA, tiga pegawai bank dan seorang dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

“Kelima-lima pegawai yang didakwa terbabit juga akan dipanggil untuk dirakam percakapan pada esok, di ibu pejabat SPRM,” katanya, di sini hari ini.

Sementara itu, jurucakap SPRM berkata, antara dokumen yang diambil ialah kertas cadangan dan minit mesyuarat ahli lembaga pengarah serta exco.


“Selain itu, dokumen lain ialah dokumen kewangan dan gaji serta dokumen berkaitan dokumen sumber manusia, dokumen berkaitan prosedur operasi standard (SOP) dan surat anugerah,” katanya.

SPRM sebelum ini memulakan siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa membabitkan beberapa pegawai kanan MARA dan Isnin lalu, sekumpulan pegawainya menyerbu sekurang-kurangnya tiga pejabat berkaitan agensi di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar itu.

Hari ini, BH turut melaporkan, SPRM mengesahkan sedang meneliti dokumen berkaitan untuk mengenal pasti saksi yang akan dipanggil dalam siasatan dakwaan penyalahgunaan kad kredit korporat oleh pengurusan tinggi MARA Corp.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori