KUALA LUMPUR: Mesyuarat Ke-12 Menteri Kuartet COVID-19 hari ini menetapkan prosedur operasi standard (SOP) pemeriksaan suhu badan dan buku rekod mendaftar masuk di premis akan dimansuhkan bermula Jumaat ini.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pandangan daripada Kementerian Kesihatan (KKM).
“Dengan pemansuhan ini, pemilik premis tidak lagi diwajibkan menyediakan alat pengimbas suhu dan buku rekod di pintu masuk premis masing-masing. Namun, pendaftaran masuk menggunakan aplikasi MySejahtera masih diwajibkan seperti biasa.
“Bagaimanapun, sekiranya pemilik premis masih ingin meneruskan pelaksanaan SOP pemeriksaan suhu dan buku rekod, kerajaan amat mengalu-alukan dan menggalakkannya,” katanya pada sidang media di Wisma Pertahanan, di sini, hari ini.
BHonline-