Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) meletakkan calon di kerusi ditandingi PKR dalam PRN Johor.
PKR membantah, namun tidak dipedulikan Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Bekas ketua pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu tetap mengumumkan calonnya di DUN Larkin.
Bantahan PKR tidak mendapat reaksi sekutunya dalam Pakatan Harapan (PH), DAP dan PAN.
Begitulah nasib PKR yang kelihatan semakin tersisih dan diketepikan oleh rakannya semasa PRU-14.
Mungkin kerana aura Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah kain suram, justeru tiada lagi kepentingan buat DAP dan PAN.
Anwar selama ini menjadi umpan untuk DAP mendapatkan undi Melayu, namun sudah hilang serinya.
Mungkin PH khususnya DAP melihat Syed Saddiq kini lebih mampu memperdaya pengundi Melayu.
Nasib Anwar habis madu sepah dibuang dan akan ada saja watak baru ‘Buang’ disebalik agenda DAP.
Jadi apakah pimpinan PKR masih ada maruah untuk terus bersama DAP dan PAN dalam berdepan PRN Johor?
Manakah harga diri reformasi PKR pada waktu sekutu mereka bercengkerama bersama Syed Saddiq di belakang?
PKR berkongsi kerusi dengan DAP dan PAN, tetapi DAP dan PAN mengizinkan MUDA mengambil kerusi PKR.
PKR juga harus menyedari Syed Saddiq merupakan anak didik Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Mahathir yang dengan liciknya berjaya memastikan Anwar tidak dapat jadi Perdana Menteri Ke-8.
Jadi nasib PKR dan Anwar seterusnya mudah diramalkan dengan penerimaan DAP dan PAN terhadap MUDA.
Selamat tinggal PKR dan Anwar!
Mynewshub-