Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Koperal Polis Didakwa Minta,...

IPOH - Seorang koperal polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini...

Ibu Bapa Mula Lebih...

CYBERJAYA - Ibu bapa mula memahami dengan lebih baik konsep Pentaksiran Tingkatan 3...

Bekas Pengarah Urusan FTC...

KUALA LUMPUR - Bekas Pengarah Urusan Felcra Training & Consultancy Sdn. Bhd. (FTC)...

4 Wanita Selamba Berjemur...

Port Dickson - Empat wanita dipercayai pelancong asing selamba berjemur separuh bogel di...

Tambah Bilangan Jawatan Tetap 1 Ahli Farmasi Bagi 3 Doktor

PETALING JAYA : Kerajaan perlu mempertimbangkan untuk menambah bilangan jawatan tetap baharu bagi ahli farmasi dengan nisbah seorang ahli farmasi bagi tiga orang doktor.

Presiden Persatuan Farmasi Malaysia (MPS), Amrahi Buang berkata, ini bagi menampung keperluan dalam menyediakan perkhidmatan farmaseutikal buat pesakit di negara ini.

Bagaimanapun katanya, MPS tetap menyambut baik langkah mewujudkan jawatan tetap tambahan 300 pegawai farmasi bermula Jun tahun ini.

“MPS mengucapkan ribuan terima kasih kerana ini memastikan kesinambungan penjagaan dan lebih banyak pekerjaan peluang serta keselamatan untuk graduan farmasi kami.

“Bagaimanapun, MPS berpendapat kerajaan perlu mempertimbangkan untuk menambah bilangan yang baharu jawatan tetap untuk ahli farmasi dalam nisbah 1:3 dengan doktor.

“Ini bagi keperluan dalam menyediakan perkhidmatan farmaseutikal semasa dan baharu untuk faedah pesakit di negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Menurut Amrahi, pihaknya juga menyokong penuh pengenalan peperiksaan kompetensi untuk menilai kualiti graduan farmasi bagi membolehkan hanya yang terbaik boleh layak untuk mendapat jawatan tetap.

“Kami berharap peperiksaan tersebut akan menilai kedua-dua sama ada dari segi pengetahuan dan kemahiran insaniah yang akan diterjemahkan kepada pemilihan calon yang lebih konsisten untuk jawatan tersebut,” jelasnya.

Semalam, akhbar melaporkan, kerajaan bersetuju sejumlah 4,186 jawatan tetap tambahan diwujudkan di Kementerian Kesihatan.

Ia bagi tujuan melantik seramai 3,586 pegawai perubatan, 300 pegawai pergigian dan 300 pegawai farmasi bermula Jun tahun ini.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori