Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Jenazah Rakyat Malaysia Lemas...

SEPANG - Jenazah rakyat Malaysia, Muhammad Farhan Na'imullah Zubir, 26, yang ditemukan lemas...

2 Direman Seleweng Peruntukan...

IPOH - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman seorang penjawat awam dan...

Johor Mula Siasat GISBH...

JOHOR BAHRU - Siasatan menyeluruh terhadap operasi pertubuhan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH)...

Turki Lantik Duta Berhijab...

ANKARA - Wanita ini pernah dihalau keluar dari bangunan Parlimen Turki di sini...

Tentera Myanmar Didakwa Jadikan Kanak-kanak Tebusan

YANGON: Sekumpulan orang awam, termasuk sekurang-kurangnya 80 kanak-kanak didakwa dijadikan tebusan oleh tentera Myanmar selama dua hari ketika bertempur dengan pemberontak.

Media tempatan, yang memetik kumpulan pemberontak dan kenyataan kerajaan bayangan, melaporkan sebahagian besar daripada mereka hanya dibebaskan hari ini.

Kes itu berlaku di wilayah Sagaing di Myanmar, yang menjadi tempat pertempuran sengit antara kumpulan militan yang menentang rampasan kuasa tentera.

Menurut laporan media, kebanyakan penduduk kampung Yinmabin, yang terletak hampir 120 kilometer ke barat Mandalay, melarikan diri tetapi puluhan kanak-kanak dan beberapa guru terkandas di sebuah biara yang turut menempatkan sekolah.

Akhbar Irrawaddy yang memetik penduduk di kawasan itu semalam, melaporkan 85 kanak-kanak dan 10 guru dijadikan tebusan.

Kerajaan Perpaduan Nasional (NUG) berkata beberapa kanak-kanak berusia di bawah 12 tahun ditahan selain mendakwa tindakan tentera itu sebagai ‘pelanggaran berat’ undang-undang antarabangsa.


Seorang anggota Angkatan Pertahanan Rakyat tempatan berkata kebanyakannya sudah dibebaskan pagi tadi apabila tentera berundur tetapi beberapa orang dewasa masih ditahan.

“Kami tidak dapat melawan tentera kerana mereka menahan kanak-kanak itu,” kata anggota militia yang enggan dikenali.

Junta melabelkan NUG dan pasukan pertahanan rakyat sebagai kumpulan ‘pengganas’.

Tentera sebelum ini didakwa menggunakan orang awam sebagai perisai manusia serta mengambil alih sekolah dan biara untuk digunakan sebagai pangkalan.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori