Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Jenazah Tan Sri Ani...

SHAH ALAM - Jenazah bekas Pengerusi Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB) Tan Sri...

AMK Minta Kerajaan Malaysia...

KUALA LUMPUR - Angkatan Muda Keadilan (AMK) meminta kerajaan Malaysia memberi tekanan kepada...

Majlis Kahwin Bertukar Upacara...

TAKDIR menentukan segalanya. Persiapan majlis perkahwinan hampir lengkap sepenuhnya, namun pasangan pengantin yang...

AGC Bantah Permohonan Daim,...

KUALA LUMPUR : Jabatan Peguam Negara (AGC) akan membantah permohonan kebenaran semakan kehakiman...

Terkaya Di Asia Tenggara: Malaysia Ketiga, Indonesia Kelima

MONTREAL : Singapura kekal menjadi negara terkaya di Asia Tenggara dengan mencatatkan purata keluaran dalam negara kasar (KDNK) per kapita sebanyak AS$65,233 (RM273,083).

Data itu dikeluarkan oleh laman sesawang Worldatlas.com.

Walaupun keluasan kawasan Singapura agak kecil dengan hanya 725.7 kilometer persegi, negara itu menjadi paling kaya di Asia Tenggara berkat hasil industri utamanya seperti elektronik, petrokimia dan petroleum.

Dalam kalangan 11 negara Asia Tenggara itu, Malaysia pula berada di kedudukan ketiga dengan KDNK per kapita berjumlah AS$11,414 (RM47,782).

Brunei yang kaya dengan sumber asli seperti petroleum dan gas asli dilaporkan menduduki tempat kedua dalam senarai tersebut dengan mencatatkan KDNK per kapita Brunei AS$31,086 (RM130,134).

Thailand berada di tangga keempat dengan KDNK per kapita sebanyak AS$7,806 (RM32,678), diikuti dengan Indonesia pada tempat kelima dengan AS$4,135 (RM17,310) dan Filipina di kedudukan keenam dengan AS$3,485 (RM14,589).

Vietnam dan Laos berada pada tempat ketujuh serta kelapan masing-masing mencatatkan KDNK per kapita sejumlah AS$2,715 (RM11,365) dan AS$2,534 (RM10,608).

Sementara itu, Myanmar disenaraikan negara paling miskin di Asia Tenggara dengan KDNK per kapita sebanyak AS$1,408 (RM5,890).

Dilaporkan, Kemboja dan Timor Leste masing-masing menduduki tempat kesembilan dan ke-10 dengan KDNK per kapita kurang daripada AS$2,000 (RM8,372).

Berikut senarai negara terkaya di Asia Tenggara berdasarkan pendapatan kasar per kapita sepertimana dilaporkan Worldatlas.com:-

1) Singapura AS$65,233 (RM273,083)

2) Brunei AS$31,086 (RM130,134)


3) Malaysia AS$11,414 (RM47,782)

4) Thailand AS$7,806 (RM32,678)

5) Indonesia AS$4,135 (RM17,310)

6) Filipina AS$3,485 (RM14,589)

7) Vietnam AS$2,715 (RM11,365)

8) Laos AS$2,534 (RM10,608)

9) Kemboja AS$1,643 (RM6,878)

10) Timor Leste AS$1,560 (RM6,530)

11) Myanmar AS$1,407 (RM5,890)

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori