Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Kita Perlu Amal Sikap...

KUALA LUMPUR - Masyarakat di negara ini perlu lebih prihatin dan mengamalkan sikap...

Mahathir Akan Beri Penjelasan...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad akan menjelaskan perincian kenyataan...

‘Penyangak’ Cari Mangsa Dalam...

AWAS... Perkongsian seorang netizen yang menggunakan akaun Facebook Surur Ghazali nyata mencemaskan ramai...

Pasangan Indonesia Jawab Salam...

SUAMI isteri warga Indonesia dicekup anggota penguatkuasa Jabatan Imigresen ketika cuba melarikan diri...

Tiada Perebutan, 56 Kerusi PN Selesai Dibahagi

KOTA TINGGI : Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan pihaknya telah memuktamad agihan kerusi antara parti-parti komponen gabungan itu yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Katanya, perkara itu diselesaikan tanpa melibatkan sebarang pergaduhan atau perselisihan faham antara parti terlibat.

ā€œRundingan agihan kesemua 56 kerusi antara parti-parti komponen dalam PN sudah selesai. Senarai calon yang akan dikemukakan juga sudah dimuktamad dan kita akan serahkan kepada polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Insolvensi sebelum nama mereka diumumkan dalam beberapa hari akan datang.

ā€œIni memang langkah biasa yang kita lakukan untuk memastikan semua calon disemak,ā€ katanya ketika Majlis Pelancaran PN Johor yang diadakan di Padang Awam Taman Pasak Indah, di sini malam tadi.

Yang turut hadir, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai serta barisan kepimpinan PN lain.

Sementara itu, Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkata, pihaknya mahu agar sejarah baharu negara dilakar dan dimulakan di Johor.


ā€œTidak salah untuk orang Johor tinggalkan UMNO, tidak sukar kerana telah ramai individu termasuk pimpinan tertinggi UMNO dahulu pada akhirnya tidak lagi bersama UMNO.

ā€œMeninggalkan UMNO untuk bersama kita adalah satu ibadah kerana kita tidak bersama dengan pemimpin yang penuh rasuah dan melakukan salah guna kuasa. Tinggalkan UMNO dan BN dan boleh bersama kita, pilihlah sama ada bersama Bersatu, Pas ataupun Gerakan, ini semua bersih,ā€ jelasnya.

Dalam pada itu, PN turut melancarkan lagu rasmi gabungan itu yang bertajuk ā€˜Kami Perikatan Nasionalā€™.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori