Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Kula Segaran Yakin Pindaan...

PUTRAJAYA - Kementerian Sumber Manusia yakin mendapat sokongan Ahli Dewan Negara untuk meluluskan...

Singapura Berkabung Peringati Mangsa...

SINGAPURA - Singapura hari ini menghayati hari Peringatan Negara bagi lapan rakyatnya yang...

Isma Gesa Jangan Undi...

MUAFAKAT... Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), menggesa penduduk Cameron Highlands tidak pangkah calon parti...

Jerebu: Sri Aman Kembali...

KUALA LUMPUR - Kawasan Sri Aman di Sarawak kembali merekodkan kualiti udara berbahaya...

Tiga Salam Syed Saddiq Belum Jawab Kontroversi

Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman masih belum menjawab dua kontroversi besar melibatkan dirinya.

Ini bukan sikap Syed Saddiq assalamualaikum, da jia hao, eppadi irukinge vanakam yang akan cergas menjawab apa sahaja isu dan kontroversi.

Seperti dalam isu banglo mewah walau ramai meragui dakwaan itu mungkin dibuat oleh jenteranya sendiri sebagai “strategic self-anticonformity”

Pertama, Syed Saddiq yang menang kerusi Muar menggunakan tiket Pakatan Harapan (PH) masih belum menjawab pertanyaan ramai mengenai audit profesional ke atas dana diperolehnya.

Seperti diketahui beliau antara ahli politik yang kerap menggerakkan program kutipan wang mengunakan platform kawasan Parlimen dan parti baharunya.

Sebelum ini, beliau dengan bangga melaporkan berjaya mengutip dana RM1,438,401.71 sejak Disember 2020 sehingga Julai tahun lalu.

Syed Saddiq pernah menyiarkan rakaman video mendakwa beliau telah telah menjemput firma audit untuk mengaudit kutipan dananya.

Bagaimanapun sehingga hari ini wakil rakyat Muar itu masih belum mendedahkan laporan audit tersebut kepada masyarakat umum.

Laporan audit profesional itu penting untuk pengetahuan orang ramai bagi mengesahkan dari mana dan ke mana wang kutipan MUDA disalurkan.

Lebih-lebih dibimbangi wujud sebarang unsur `termakan budi’ oleh pihak yang tidak sepatutnya kepada Syed Saddiq dan MUDA.


Kedua, Syed Saddiq belum menjelaskan mengapa beliau meminta maaf kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Tiram daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Beliau sebelum itu mengecam wakil rakyat DUN tersebut kerana didakwa tidak bertanggungjawab dan tidak amanah dalam menjalankan tugas.

Syed Saddiq mendakwa komuniti India Ulu Tiram mengadu kepadanya bahawa kepimpinan di kawasan tersebut tidak ambil endah kebajikan rakyat.

“Dipilih oleh rakyat, dapat peruntukan tapi amanah rakyat dibuang. Bantuan yang sepatutnya rakyat dapat, tak sampai. Tak bertanggungjawab”

Tidak lama kemudian Syed Saddiq bergegas membuat permohonan maaf kerana mendakwa konon telah terkhilaf mengecam ADUN tersebut.

Rakyat mahu tahu sama ada penduduk DUN Tiram telah berbohong kepada Syed Saddiq atau Syed Saddiq yang berbohong mahu membantu komuniti India DUN itu.

Syed Saddiq assalamualaikum, da jia hao, eppadi irukinge vanakam wajar menjelaskan persoalan itu kerana Bangsa Johor akan mengundi pada 12 Mac mahu tahu.

-Mynewshub

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori