SEREMBAN: Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan disahkan positif COVID-19.
Beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor memaklumkan perkara menerusi kiriman di Facebook.
“Alhamdulillah, hari ini dah sampai hari ketujuh saya menjalani isolasi kendiri. Saya tidak hadir pada majlis pengumuman calon-calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di Johor Bahru, semalam.
“Di dalam saya sangat berhati-hati menjaga prosedur operasi standard (SOP), terkena juga dengan jangkitan virus COVID-19.
“Berhati-hatilah, virus COVID-19 dah merata-rata di dalam masyarakat. Tak sabar nak turun ke Johor,” katanya.
Semalam, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad mengumumkan senarai 37 calon UMNO dan empat calon MIC yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, dalam satu majlis di Johor Bahru.
BHonline-