Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Jimat Kos, Stacy Jahit...

ZAMAN sekarang, baju raya di pasaran boleh dikatakan agak mahal sehingga membuatkan ramai...

N.Sembilan Sasar Turunkan Denggi...

SEREMBAN - Kerajaan Negeri Sembilan menyasarkan untuk mengurangkan kadar wabak denggi di negeri...

Lelaki Terselamat Kereta Terbakar

NILAI - Seorang lelaki terselamat selepas kereta dipandunya terbakar 100 peratus di Kilometer...

Polis Kelantan Rampas Pil...

KOTA BHARU - Polis Kelantan merampas dadah dipercayai jenis pil kuda bernilai RM4.7...

Tokyo Kali Pertama Catat Jangkitan COVID-19 Harian Melebihi 20,000 Kes

TOKYO: Kes COVID-19 di Tokyo pada Rabu merekodkan lebih 20,000 kes buat kali pertama, sekali gus menafikan jangkaan bahawa kemuncak gelombang Omicron di Jepun mula melemah.

Kes di seluruh Negara Matahari Terbit itu mencapai rekod 91,760 kes, sementara 18 daerah kini melaporkan jumlah tertinggi sejak pandemik bermula, menurut laporan dalam talian, JX Press.

Tokyo melaporkan sebanyak 21,576 kes baharu, melebihi rekod sebelumnya iaitu 17,631 kes pada Jumaat.

Kadar penggunaan katil di hospital yang dikhaskan untuk pesakit COVID-19 melonjak kepada 51.4 peratus.

Pihak berkuasa sebelum ini berkata, perintah darurat akan dikuatkuasakan jika kadar itu mencecah 50 peratus, namun kini langkah seterusnya bergantung kepada jumlah kes serius dan faktor-faktor lain.


Ibu negara Jepun dan banyak wilayah lain kini dalam pemantauan dan kawalan ketat untuk menghindar penularan virus.

Di Osaka, sejumlah 11,171 jangkitan baharu dilaporkan, kurang sedikit berbanding 11,881 kes pada Selasa.

Ketua Setiausaha Kabinet Hirokazu Matsuno pada Rabu berkata, kerajaan tidak merancang untuk mengisytiharkan darurat namun akan kekal berjaga-jaga.

Awani-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori