Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Wenger ‘Malas’ Layan Kecaman...

ARSENE Wenger kini hanya memberi fokus kepada kelayakan Liga Juara-Juara berbanding protes terhadap...

Felda United Gagal Manfaat...

SHAH ALAM - Pasukan Felda United gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri...

2 Inisiatif Tingkat Industri...

KUALA LUMPUR - Dua inisiatif baharu akan dilaksanakan bagi merancakkan lagi industri kreatif...

Lelongan Berlian Putih Dijangka...

GENEVA – Christie’s mengumumkan berlian putih terbesar pernah dilelong akan dijual di Geneva...

Ujian Bertulis SPM 2021 Bermula Rabu Ini

PUTRAJAYA – Lembaga Peperiksaan (LP), Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan ujian bertulis peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 akan dilaksanakan bermula 2 Mac sehingga 29 Mac ini.

KPM menerusi kenyataan akhbar hari ini berkata, seramai 407,097 calon akan menduduki ujian bertulis peperiksaan SPM tahun 2021 di 3,382 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Jelas kenyataan itu, seramai 50,514 petugas peperiksaan telah dilantik bagi memastikan kelancaran pengurusan dan pengendalian peperiksaan tersebut.

“LP ingin mengingatkan semua calon agar merujuk jadual waktu SPM 2021 untuk maklumat mengenai tarikh, masa, kod dan kertas peperiksaan serta arahan yang perlu dipatuhi.

“Jadual waktu peperiksaan boleh dimuat turun dari portal rasmi LP di http://lp.moe.gov.my,” katanya.

Katanya, calon diingatkan supaya membawa dokumen pengenalan diri dan Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan ke pusat peperiksaan.


KPM berkata, calon juga diingatkan supaya mematuhi Garis Panduan Pengurusan Pentaksiran Pusat dan Peperiksaan Awam yang terkandung dalam Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 3.0.

“Ketetapan ini adalah bagi memastikan kelancaran pengurusan peperiksaan dan pencegahan penularan wabak Covid-19.

“Garis panduan tersebut boleh dimuat turun dari portal rasmi KPM di https://www.moe.gov.my,” katanya.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori