Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

MB Yakin Tiada Tsunami...

KLUANG - Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yakin tidak akan...

Tiada Tindakan Terhadap Puteri...

KUALA LUMPUR - Tiada tindakan dikenakan terhadap Puteri UMNO Kota Bharu selepas rakaman...

Tak Suka Nama Disebut,...

KENANGAN masa lalu merupakan satu perjalanan yang perlu kita lupakan serta dijadikan sebagai...

Pusat Derma Subang Skypark...

KUALA LUMPUR - Pusat pengumpulan sumbangan bagi mangsa banjir di pantai timur di...

Ujian Psikometrik Tambah Nilai Bakal Calon

SHAH ALAM – Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fahmi Fadzil bersetuju dengan cadangan supaya calon-calon yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor mengambil ujian psikometrik Rasuah Busters Tag (RBTag).

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkata, ia berikutan kerana pengambilan ujian tersebut dapat menambah nilai positif dan secara langsung meningkatkan keyakinan orang ramai terhadap kepimpinan mereka.

Ujar beliau, meskipun senarai calon yang bakal bertanding masih belum dimuktamadkan, namun, beliau mengalu-alukan kepada mereka yang ingin menjalankan ujian tersebut.

ā€œSecara peribadi, saya boleh bersetuju dengan cadangan tambah nilai bagi calon-calon PRN Johor.


ā€œKalau pra-Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), ramai calon dari Pakatan Harapan (PH) termasuk saya sendiri telah melakukan perisytiharan harta secara terbuka, dan ini telah sedikit sebanyak memberi keyakinan kepada orang ramai bahawa kami tiada isu atau masalah berhubung rasuah.

ā€œBagi ujian psikometrik ini, saya alu-alukan bakal-bakal calon untuk tampil walaupun parti tidak mengarahkannya. Cuma pada waktu ini senarai calon belum dimuktamadkan,ā€ katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori