Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Peluang Tipis Temui Semua...

JAKARTA – Ketua Badan Operasi Mencari dan Menyelamat Nasional Indonesia (Basarnas), SB Supriyadi...

Didera Sampai Patah 13...

SUSULAN kes dera seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun di Rantau Panjang, Kelantan baru-baru...

Calvin Harris Move On,...

PENERBIT dan DJ terkenal, Calvin Harris dilaporkan sudah 'move on' dan melupakan bekas...

Elemen TVET Diperkenal Kepada...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) akan memperkenalkan elemen Pendidikan dan Latihan Teknikal...

Ukraine Guna Bitcoin Biayai Perang Dengan Rusia

KIEV – Satu laporan terbaharu mendedahkan bahawa Kiev menggunakan dana hasil sumbangan awam (crowdfunding) dalam mata wang Bitcoin untuk membiayai peperangan yang mungkin tercetus antara Ukraine dengan Rusia, lapor laman berita Wion News kelmarin.

Berdasarkan laporan yang dikeluarkan firma analitik blockchain, Elliptic, sumbangan berjumlah beribu-ribu dolar disalurkan ke dalam akaun badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan kumpulan-kumpulan sukarelawan dengan mencatatkan peningkatan melebihi 900 peratus pada 2021.

Laporan itu menyebut bahawa NGO dan kumpulan sukarelawan yang kecewa dengan gejala rasuah berleluasa dalam agensi-agensi kerajaan telah bertindak sendiri untuk membiayai senjata api dan bekalan ubat-ubatan kepada askar Ukraine.

Ia juga digunakan untuk membangunkan aplikasi pengecaman wajah yang boleh mengenal pasti sekiranya seseorang itu adalah pengintip Rusia.

Menurut Elliptic, penderma menggunakan mata wang Bitcoin untuk menyalurkan dana kepada N2GO-NGO bagi memintas mana-mana institusi kewangan atau bank yang mungkin menyekat pembayaran.


“Elliptic telah mengenal pasti beberapa dompet mata wang kripto yang digunakan oleh kumpulan-kumpulan sukarelawan dan NGO untuk tujuan pembiayaan itu.

“Secara keseluruhan, ia telah menerima dana berjumlah melebihi AS$570,000 (RM2.3 juta) dengan sebahagian besarnya dilakukan pada tahun lepas,” kata laporan tersebut.

Antara pertubuhan yang menerima sumbangan Bitcoin itu termasuk Come Back Alive, sebuah kumpulan yang menyediakan latihan, ketenteraan dan peralatan perubatan serta Myrotvorets Center, yang mempunyai kaitan dengan kerajaan Ukraine.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori