Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Bob ‘Tidur Ayam’ Sepanjang...

KEHANGATAN konsert akhir Akademi Fantasia Megastar makin terasa dengan gosip liar yang melanda...

Siasat Jemputan Program, Sebelum...

BAGAN DATUK - Pegawai dan kakitangan kerajaan negeri Perak perlu merujuk jemputan ke...

Malaysia, Korea Selatan Bincang...

PUTRAJAYA - Korea Selatan hari ini mengadakan perbincangan dengan Malaysia, antara lain menyentuh...

Presiden Indonesia Lawat Mangsa...

JAKARTA - Presiden Indonesia, Joko Widodo pada Khamis melawat mangsa yang cedera dalam...

UNHCR Gesa Sokongan Berterusan Terhadap Pelarian Rohingya

DHAKA: Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR) menggesa sokongan berterusan antarabangsa terhadap pelarian Rohingya dan negara tuan rumah Bangladesh, lapor Agensi Anadolu.

Pada Ogos 2017, hampir 750,000 Muslim Rohingya melarikan diri daripada kekejaman pihak tentera di Rakhine, Myanmar menjadikan jumlah keseluruhan pelarian di Cox’s Bazar mencecah 1.2 juta orang, memetik kenyataan UNHCR.

Sebelum ini, Timbalan Pesuruhjaya Tinggi UNHCR Kelly T. Clements dan Pengarah UNHCR untuk Asia dan Pasifik Indrika Ratwatte melawat Bangladesh pada 13 hingga 18 Feb, termasuk ke kem pelarian di Cox’s Bazar dan Pulau Bhasan Char.

Hasil lawatan itu mendapati terdapatnya keperluan mendesak dan lebih komprehensif berkaitan bantuan kemanusiaan.

“Ia termasuk penyelesaian alternatif seperti penempatan semula ke negara ketiga untuk golongan paling terjejas dengan perlindungan khusus, serta peluang pekerjaan dan pendidikan,” menurut kenyataan itu.


Clements turut mengulangi komitmen UNHCR bagi kepulangan secara sukarela dan penyelesaian lain.

“Meskipun pelarian dengan jelas menyatakan keinginan untuk pulang ke negara asal, mereka juga khuatir nyawa mereka terancam jika berbuat demikian.

“Oleh itu, kami perlu berusaha mencari penyelesaian lain sambil menggandakan usaha menyediakan akses kepada pendidikan, latihan kemahiran dan peluang pekerjaan bagi mereka dan tuan rumah,” kata Clements.

Bernama-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori