Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Penerima Vaksin Fasa 2...

KUALA LUMPUR - Warganegara Malaysia berusia 60 tahun ke atas masih diberi keutamaan...

Malaysia Bakal Jadi Negara...

SHAH ALAM - Malaysia bakal menjadi sebuah negara 'lalok' jika cadangan untuk menanam...

Pilihan Raya Dun Tanjung...

PUTRAJAYA - Pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu, Sarawak...

Tak Menang Tangan Terima...

SUDAH menjadi kelaziman apabila tiba bulan Ogos, rakyat Malaysia disaran mengibarkan Jalur Gemilang...

Varian Omicron Dikesan Pada Rusa Liar

NEW YORK : Penemuan varian Omicron pada rusa liar jenis berekor putih di New York mencetuskan kebimbangan spesies haiwan itu mungkin boleh menjadi hos kepada strain koronavirus baharu.

Menurut seorang ketua penyelidik, sampel darah dan ujian calitan hidung yang diambil daripada 131 ekor rusa di Pulau Staten, New York, mendedahkan kira-kira 15 peratus haiwan itu mempunyai virus antibodi.

Penemuan itu menunjukkan haiwan tersebut pernah dijangkiti koronavirus sebelum ini, dan terdedah kepada jangkitan semula secara berulang kali dengan varian baharu.

Kajian itu dijalankan oleh kumpulan saintis dari Pennsylvania State University.

“Peredaran virus dalam populasi haiwan sering kali mencetuskan kemungkinan ia menular dalam kalangan manusia.

“Namun, apa yang lebih penting ia memberi peluang untuk virus itu berkembang menjadi varian baharu.


“Apabila virus bermutasi sepenuhnya, ia boleh mengelak perlindungan vaksin sedia ada. Jadi, kita perlu menambah baik vaksin sekali lagi,” kata ahli mikrobiologi veterinar di universiti itu, Suresh Kuchipudi.

Penemuan varian Omicron yang dikesan pada haiwan liar dilaporkan ketika lonjakan kes jangkitan Covid-19, didorong oleh varian itu yang semakin reda dalam kalangan rakyat Amerika Syarikat (AS).

Menurut Jabatan Pertanian AS, meskipun tiada bukti menunjukkan haiwan menyebarkan virus kepada manusia, kebanyakan jangkitan koronavirus dilaporkan dalam spesies mempunyai kontak rapat dengan individu dijangkiti Covid-19.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori