Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Adinda Sultan Kelantan Buat...

KOTA BHARU - Adinda Sultan Kelantan, Tengku Amalin Aā€™ishah Puteri membuat laporan polis...

HASiL Bantu Perangi Rasuah

Rasuah antara gejala yang membelenggu kebanyakan negara dunia. Ia suatu persoalan yang sentiasa...

Serangan Christchurch: Rahimi Tunjuk...

MANGSA tembakan di Christchurch, New Zealand, Rahimi Ahmad sudah tidak bergantung kepada bantuan...

41 Lagi Penumpang Kapal...

TOKYO - Kira-kira 41 lagi penumpang sebuah kapal persiaran yang dikuarantin di Jepun...

Zuraida Bersama PBM, Wan Saiful Minta Tunggu Pengumuman Rasmi

MUAR : Sebarang perkara atau spekulasi berkaitan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin lebih sesuai diulas jika terdapat pengumuman rasmi daripada parti.

Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, beliau tidak bercadang untuk membawa perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat keluar dari lingkungan itu.

ā€œMacam-macam spekulasi mengenai YB (Yang Berhormat) Zuraida. Saya punya pandangan sebagai Ketua Penerangan parti saya rasa isu dibincang dalam mesyuarat kita kekal dalam mesyuarat.

ā€œLebih elok kita tunggu pengumuman rasmi daripda parti kalau ada apa-apa (perkara), kalau tiada sebaiknya kita pastikan Perikatan Nasional (PN) menang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor,ā€ katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri program Jelajah Penerangan Isu Semasa di Kampung Parit Haji Ali, di sini malam tadi.

Turut serta, anggota Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Datuk Saifuddin Abdullah yang juga Menteri Luar.

Zuraida didakwa menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM) dan kepimpinan Bersatu baru-baru ini dilaporkan ada berbincang isu pemecatan Ahli Parlimen Ampang itu dan individu lain yang didakwa terlibat dengan parti baharu terbabit.


Memetik laporan sebuah portal, anggota MPT Bersatu, Muhammad Faiz Naā€™aman memberitahu, isu berkenaan dibangkitkan dalam mesyuarat pada 25 Januari lalu.

Bagaimanapun katanya, setakat ini tiada sebarang keputusan dibuat sementara menunggu siasatan lanjut oleh parti.

Dalam pada itu, Wan Saiful menegaskan sehingga kini Zuraida masih kekal sebagai anggota MPT Bersatu dan ahli parti itu serta meminta semua pihak menunggu perkembangan selanjutnya.

Malah beliau berkata, isu berkaitan Zuraida sama sekali tidak menjejaskan perjalanan Bersatu dan PN dalam menghadapi PRN Johor yang akan diadakan tidak lama lagi.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori