Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Lelaki Hilang Ketika Berlayar...

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki tempatan yang hilang selepas dipercayai terjatuh ke dalam...

Pihak Fitnah TH Dikawal...

SEMENYIH - Tindakan akan diambil terhadap mana-mana pihak yang memfitnah Tabung Haji (TH)...

China Buka Semula Sempadan...

BEIJING: Ramai pengunjung mula berpusu-pusu memasuki China melalui laluan darat dan laut dari...

Lelaki Rogol Bayi 18...

AMAT kejam sebagai manusia apabila seorang lelaki di pinggir New Delhi, India, tergamak...

10 Adun Angkat Sumpah Exco Johor

Johor Bahru : Seramai 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) mengangkat sumpah jawatan Ahli Majlis Mesyuarat (Exco) Johor di hadapan Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar, hari ini.

Majlis Istiadat Pelantikan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor berlangsung di Balai Mengadap, Istana Bukit Serene, di sini, pagi tadi.

Berangkat sama, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Turut berangkat, Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar Al-Haj Sultan Ibrahim.

Exco Johor yang mengangkat sumpah ialah Datuk Zahari Sarip (Buloh Kasap), Datuk Mohd Jafni Md Shukor (Bukit Permai), K Raven (Tenggaroh), Khairin Nisa Ismail (Serom), Mohd Hairi Mad Shah (Larkin) dan Mohd Fared Mohd Khalid (Semerah).

Turut mengangkat sumpah, Ling Tian Soon (Yong Peng), Lee Ting Han (Paloh), Mohamad Fazli Mohamad Salleh (Bukit Pasir) dan Norliza Noh (Johor Lama).


Datuk Onn Hafiz Ghazi yang juga Adun Machap mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor Ke-19 pada 15 Mac lalu.

Beliau mengangkat sumpah di hadapan Sultan Ibrahim Iskandar kira-kira 3 petang hari berkenaan.

Onn Hafiz adalah Naib Ketua Bahagian Umno Simpang Renggam, yang memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri Machap pada Pilihan Raya Negeri Johor dengan majoriti 6,543 undi.

Beliau menggantikan Datuk Seri Hasni Mohammad, yang dilantik sebagai Menteri Besar ke-18 pada 28 Februari 2020.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori