Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Tindakan Terhadap Admin WhatsApp...

KUALA LUMPUR - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bersetuju supaya 'Group Admin' (Pentadbir...

Gempa Bumi Lemah Berlaku...

KUALA LUMPUR - Satu gempa bumi lemah berukuran 3.0 pada skala Richter berlaku...

Budak Perempuan Hampir Mati...

SEORANG budak perempuan berusia 5 tahun hampir pengsan dan terkorban apabila bapanya yang...

Kapten Feri Sewol Dihukum...

SEOUL – Kapten yang meninggalkan beratus-ratus pelajar sekolah ketika feri Sewol terbalik dan...

10 Juta Penduduk Ukraine Jadi Pelarian

GENEVA – Dianggarkan seramai 10 juta penduduk Ukraine telah meninggalkan kediaman masing-masing akibat serangan oleh tentera Rusia, lapor agensi berita United Press International semalam.

Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR), Filippo Grandi berkata, angka itu termasuk mereka yang kehilangan tempat tinggal dan masih berada di Ukraine serta pelarian yang telah keluar dari negara itu.

“Antara kesan peperangan di mana-mana sahaja di dunia adalah orang awam yang terpaksa meninggalkan kediaman mereka,” kata Grandi.

UNHCR dalam satu kenyataan semalam turut berkata, seramai 902 orang awam telah terbunuh, manakala 1,459 lagi cedera sejak serangan Rusia bermula. Daripada angka itu, 75 adalah kanak-kanak.


Kebanyakan daripada kematian pula berpunca daripada letupan senjata seperti tembakan dan peluru berpandu.

Selain itu, data data UNHCR turut menunjukkan hampir 3.4 juta penduduk Ukraine telah meninggalkan negara itu sejak perang bermula sehingga kini.

Kosmo-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori