Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Sasha Tabah Hidup Sendirian,...

BUKAN mudah membesarkan anak seorang diri. Namun, itulah situasi yang dilalui penyanyi dan...

PAS Belum Putuskan Penggunaan...

PASIR PUTEH - Pas belum memutuskan sama ada akan menggunakan logo parti itu...

Macam Kera Kena Belacan...

SINIS... Datuk Seri Abdul Hadi Awang membanding tingkah laku individu berprofil tinggi bidang...

Pusat Penjagaan Wanita Lepas...

PUTRAJAYA - Pusat penjagaan wanita selepas bersalin kini diwajibkan berdaftar dengan Jabatan Kebajikan...

108 Kes Terjerat Pemerasan Panggilan Video Lucah

GEORGETOWN : Polis Pulau Pinang menasihati orang ramai khususnya ibu bapa supaya memantau penggunaan telefon bimbit anak mereka bagi mengelakkan diri terjerat dengan kes pemerasan melalui panggilan video lucah.

Ia susulan statistik bagi kes berkenaan yang dilaporkan sebanyak 108 kes bagi tempoh 2020 hingga 2022 membabitkan kerugian RM589,685 serta penahanan seramai 39 individu.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata mangsa yang terbabit dengan kes itu berusia antara 13 hingga 64 tahun.

Katanya, statistik pada 2020 menunjukkan sebanyak 17 kes diterima dengan kerugian sebanyak RM76,300 membabitkan lapan penahanan individu dan enam daripada kes itu berjaya diselesaikan.

“Pada 2021, ia menunjukkan peningkatan drastik iaitu sebanyak 80 kes dengan kerugian sebanyak RM404,335 membabitkan 30 penahanan individu dan 8 daripadanya berjaya diselesaikan.


“Namun bagi tempoh dua bulan iaitu pada Januari hingga Februari tahun ini, sebanyak 11 kes dilaporkan membabitkan kerugian sebanyak RM190,050 dan satu kes berjaya diselesaikan dengan seorang tangkapan,” katanya pada sidang media, hari ini.

Beliau ditemui selepas majlis sambutan Peringatan Hari Polis Ke-215 Kontijen Pulau Pinang di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, di sini.

Mengulas lanjut, Mohd Shuhaily berkata, perkembangan tidak sihat itu memberi kebimbangan mengenai kegiatan dalam dunia siber yang membabitkan maruah dan kerugian sejumlah besar wang.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori