Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Roger Ng Telah Diekstradisi...

KUALA LUMPUR – Bekas pegawai bank Goldman Sachs, Roger Ng telah dihantar ke...

Mat Saleh Tertawan Dengan...

SEKALIPUN tidak berjaya membawa pulang sebarang pingat untuk kontinjen negara dalam kejohanan Sukan...

Harun Salim Bachik Terima...

KUALA LUMPUR - Pelakon komedi, Allahyarham Harun Salim Bachik yang meninggal dunia Mac...

Yuna Ada Apa-Apa Ke...

SELAIN perkembangan seni terbaharu Yuna, pastinya peminat setia penyanyi ini turut mahu mengorek...

15,941 Kes Baru, 33 Lagi Korban Covid-19

Sebanyak 15,941 kes baru Covid-19 harian dilaporkan Kementerian Kesihatan semalam, menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 4,183,359.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Kes aktif kini berjumlah 206,592, turun 30.3 peratus berbanding 14 hari lalu.

Kes baru mengikut negeri seperti berikut:

Selangor (7,748)

Kuala Lumpur (1,411)

Sarawak (974)

Kedah (827)

Perak (783)

Johor (778)

Negeri Sembilan (765)

Pulau Pinang (684)

Pahang (487)

Terengganu (383)


Melaka (331)

Sabah (313)

Kelantan (297)

Putrajaya (66)

Labuan (61)

Perlis (33)

Sementara itu, 33 lagi kematian dikaitkan dengan Covid-19 dilaporkan semalam, dengan 11 daripadanya diisytiharkan sebagai ‘meninggal dunia di luar hospital’.

Sepanjang minggu lalu, purata 48.4 orang dilaporkan meninggal dunia akibat Covid-19 manakala purata bagi 30 hari lalu ialah 73 kes, menunjukkan kematian Covid-19 berada dalam aliran menurun.

Sejak permulaan wabak pada Mac 2020, seramai 34,939 maut dikaitkan dengan Covid-19.

Terdapat 2,191 kematian Covid-19 yang dilaporkan pada bulan ini. Sebagai perbandingan, terdapat 770 kematian pada bulan lepas dan 491 kematian pada Januari.

Malaysia mempunyai jumlah kematian per kapita tertinggi di rantau Asean dan Asia Timur dengan 1,056 kematian bagi setiap satu juta penduduk dan keempat terburuk di Asia selepas Iran, Lubnan dan Jordan – semuanya di Timur Tengah.

Negeri dengan kematian tertinggi ialah Johor (6) dan Kedah (6) diikuti Perak (4), Kuala Lumpur (4), Pahang (3), Sarawak (3), Pulau Pinang (2), Selangor (2), Kelantan (1), Negeri Sembilan (1) dan Sabah (1).

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori