Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Victoria Beckham Tak Akan...

VICTORIA Beckham tidak akan menyertai reunion Spice Girls sempena ulang tahun ke-20 kumpulan...

Dituduh Tak Ada Job,...

KETIKA kebanyakan netizen mempertikaikan dan mempersoalkan harga Baju Melayu yang dijual oleh pelakon...

Boleh Solat Tanpa Wuduk,...

PETUGAS barisan hadapan yang terpaksa memakai perlindungan diri (PPE) sepanjang masa ketika bertugas...

‘Tidak Adil Kepada Kami’...

SHAH ALAM - Persatuan Teksi dan Kereta Sewa di bandar raya ini menggesa...

2 Penduduk, Seorang Petugas Kontraktor Air Selangor Masih Tertimbus

AMPANG JAYA: Pasukan penyelamat percaya tiga lagi mangsa dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Permai, dekat Ampang, di sini.

Justeru, usaha mengesan tiga mangsa berkenaan membabitakn dua penduduk rumah teres dua tingkat di lokasi kejadian serta seorang pekerja kontraktor syarikat penyelenggaraan Air Selangor, sedang giat dijalankan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, berkata ketika ini operasi mencari dan menyelamat mangsa masih dilakukan secara berterusan membabitkan lebih 100 pegawai dan anggota JBPM Selangor, selain Polis Diraja Malaysia (PDRM), anggota Rela, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

“Kami turut menyarankan penduduk di kawasan berhampiran lokasi kejadian untuk berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Taman Mega Jaya, demi keselamatan mereka,” katanya kepada media di sini , sebentar tadi.

Terdahulu, pasukan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor berjaya menyelamatkan seorang lelaki berusia 87 tahun yang tertimbus dalam kediamannya.


Ini disusuli penemuan mangsa kedua yang juga isteri kepada mangsa pertama, yang dibawa keluar daripada runtuhan tanah jam 9.10 malam. Bagaimanapun wanita warga emas berusia 85 tahun itu disahkan meninggal dunia.

Sementara itu, Pengarah JBPM Selangor, Norazam Khamis berkata, operasi mencari dan menyelamat ini akan tetap diteruskan, namun bergantung kepada keadaan cuaca.

“Setakat ini tiada pergerakan tanah dikesan namun kita tidak menolak kemungkinan akan menghentikan seketika usaha mencari tiga lagi mangsa sekiranya hujan lebat berlaku,” katanya.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori