Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Gosip Bakal Cerai Buat...

PETALING JAYA - Pelakon Vanidah Imran terkilan apabila isu rumah tangganya dengan aktor...

Isu Gadis Bertudung Dipeluk...

RENTETAN isu gadis berhijab merelakan diri 'dicabul' artis dari Korea, B1A4, ramai pihak masih...

MB, Exco Wajib Isytihar...

SEREMBAN - Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun berkata beliau dan 10 barisan...

107 Individu Disenarai Dalam...

KUALA LUMPUR - Seramai 107 individu yang dihukum atas kesalahan berkaitan kanak-kanak telah...

21,839 Kes Baharu Covid-19

PUTRAJAYA – Jangkitan Covid-19 semalam merekodkan sebanyak 21,839 kes, menjadikan jumlah keseluruhan kes di Malaysia sebanyak 4,101,081 kes.

Berdasarkan data pada laman web CovidNow, daripada kes yang dilaporkan semalam, sebanyak 287 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

“Kesemua kes tersebut dilaporkan di Selangor (10,842 kes), Kuala Lumpur (1,586 kes), Pulau Pinang (1,277 kes), Johor (1,235 kes), Perak (1,201 kes) dan Negeri Sembilan (1,134 kes).

“Seterusnya, Sarawak (980 kes), Kedah (845 kes), Melaka (686 kes), Pahang (608 kes), Terengganu (438 kes), Kelantan (378 kes), Sabah (372 kes), Putrajaya (130 kes), Labuan (80 kes) dan Perlis (47 kes),” demikian maklumat tersebut hari ini.


Dalam masa sama, sebanyak 52 kes kematian Covid-19 dilaporkan menjadikan jumlah kematian terkini sebanyak 34,717 kes serta sebanyak 15 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in death (BID) dengan jumlah kes BID sebanyak 7,318 kes.

Sebanyak 247,065 kes aktif dilaporkan melibatkan 239,798 kes dikuarantin di rumah, 1,266 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 5,710 kes di hospital, 103 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 188 kes di ICU dengan bantuan pernafasan.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori