PUTRAJAYA – Jangkitan Covid-19 semalam merekodkan sebanyak 22,341 kes, menjadikan jumlah keseluruhan kes di Malaysia sebanyak 3,974,019 kes.
Berdasarkan data pada laman web CovidNow, daripada kes yang dilaporkan semalam, sebanyak 524 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.
“Kesemua kes tersebut dilaporkan di Selangor (7,366 kes), Kuala Lumpur (3,078 kes), Pulau Pinang (1,928 kes), Negeri Sembilan (1,405 kes), Perak (1,403 kes), Kedah (1,353 kes), Johor (1,286 kes), Sarawak (1,177 kes) dan Pahang (1,009 kes).
“Seterusnya, Melaka (639 kes), Kelantan (540 kes), Sabah (421 kes), Terengganu (413 kes), Putrajaya (128 kes), Perlis (123 kes) dan Labuan (72 kes),” demikian maklumat tersebut di sini hari ini.
Dalam masa sama, sebanyak 85 kes kematian Covid-19 dilaporkan menjadikan jumlah kematian terkini sebanyak 34,329 kes serta sebanyak 23 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in death (BID) dengan jumlah kes BID sebanyak 7,199 kes.
Sebanyak 283,275 kes aktif dilaporkan melibatkan 273,974 kes dikuarantin di rumah, 1,747 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 7,164 kes di hospital, 171 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 219 kes di ICU dengan bantuan pernafasan.
-Kosmo Online