Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Juan Sebastian Veron Kagum...

JOHOR BAHRU - Bekas pemain tengah Argentina, Juan Sebastian Veron kagum dengan kesungguhan...

Tersentuh Lihat Anak Tabah...

TERSENTUH hati tatkala melihat gambar seorang budak sedang memandi dan mewudukkan bapanya yang...

“Saya Tahu Anak Saya...

SITIAWAN - "Saya tahu anak saya dalam keadaan ketakutan biarpun dia menyatakan mereka...

Hospital Kuala Krai Bakal...

KUALA KRAI - Hospital Kuala Krai (HKK) bernilai RM304 juta yang baharu siap...

23,100 Kes Covid-19 Dilaporkan Semalam

PUTRAJAYA – Jumlah pesakit baharu yang disahkan positif Covid-19 terus menurun dengan semalam mencatatkan sebanyak 23,100 kes berdasarkan data pada laman web CovidNow.

Daripada kes harian yang dilaporkan semalam, sebanyak 298 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala jumlah kumulatif kes Covid-19 negara sebanyak 3,442,736 kes.

“Mengikut pecahan negeri-negeri, kes semalam dilaporkan Selangor (6,098 kes), Kedah (2,782 kes), Johor (2,367 kes), Sabah (2,174 kes), Pulau Pinang (1,728 kes), Perak (1,335 kes), Pahang (1,147 kes), Negeri Sembilan (1,032 kes) dan Kelantan (1,200 kes).

“Seterusnya Kuala Lumpur (968 kes), Terengganu (756 kes), Melaka (575 kes), Sarawak (442 kes), Perlis (195 kes), Labuan (173 kes) dan Putrajaya (128 kes),” demikian maklumat tersebut hari ini.


Dalam masa sama, terdapat 75 kes kematian Covid-19 dengan jumlah kematian terkini sebanyak 32,749 kes manakala, sebanyak 20 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in death (BID) dengan jumlah kes BID sebanyak 6,710 kes.

Sebanyak 293,423 kes aktif dilaporkan melibatkan 281,714 kes dikuarantin di rumah, 3,467 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 7,881 kes di hospital, 168 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 193 kes di ICU dengan bantuan pernafasan.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori