Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Peniaga Kain Rugi RM30,000...

JOHOR BAHARU - Seorang peniaga pakaian mengalami kerugian kira-kira RM30,000 setelah bangunan kedai...

PAN Kata Caj 20...

KUALA LUMPUR - Pemuda Parti Amanah Negara (PAN) mendakwa langkah kerajaan Selangor mengenakan...

Najib Hadir Lagi Ke...

PUTRAJAYA - Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hadir di ibu...

Najib Akan Bentang Pengubahsuaian...

PUTRAJAYA - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau akan membentangkan pengubahsuaian kepada...

26,534 Kes, 95 Kematian Covid-19

PUTRAJAYA – Jangkitan Covid-19 semalam merekodkan sebanyak 26,534 kes, menjadikan jumlah keseluruhan kes di Malaysia sebanyak 3,872,135 kes.

Berdasarkan data pada laman web CovidNow, daripada kes yang dilaporkan semalam, sebanyak 691 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

“Kesemua kes tersebut dilaporkan di Selangor (7,217 kes), Kuala Lumpur (2,892 kes), Pulau Pinang (2,324 kes), Kedah (2,391 kes), Johor (2,241 kes), Sarawak (1,867 kes), Negeri Sembilan (1,547 kes), Perak (1,296 kes) dan Kelantan (1,212 kes).

“Seterusnya Pahang (1,055 kes), Terengganu (826 kes), Melaka (635 kes), Sabah (591 kes), Perlis (186 kes), Putrajaya (183 kes) dan Labuan (71 kes),” demikian maklumat tersebut di sini hari ini.


Dalam masa sama, sebanyak 95 kes kematian Covid-19 dilaporkan menjadikan jumlah kematian terkini sebanyak 33,994 kes serta sebanyak 23 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in death (BID) dengan jumlah kes BID sebanyak 7,099 kes.

Sebanyak 304,147 kes aktif dilaporkan melibatkan 293,435 kes dikuarantin di rumah, 2,123 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 8,213 kes di hospital, 154 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 222 kes di ICU dengan bantuan pernafasan.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori