Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Filem Arahan Angelina Jolie...

FILEM terbaharu arahan pelakon terkenal Angelina Jolie, Unbroken berkemungkinan besar tidak akan dapat...

Sultan Selangor Tidak Teruskan...

KUALA LUMPUR: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah tidak berhasrat menyambung tugas sebagai...

Real Madrid Mahu Jurgen...

REAL Madrid menjadikan Pengurus Liverpool Jurgen Klopp sebagai calon pilihan utama untuk menggantikan...

14,922 Individu Ditahan Ingkar...

KUALA LUMPUR - Seramai 14,922 individu ditahan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa...

3,000 Penduduk Terputus Hubungan Jalan Runtuh

DUNGUN: Kira-kira 3,000 penduduk di kawasan Hulu Dungun terputus hubungan selepas jalan utama di Kilometer 26, Jalan Tepus-Pasir Raja mendap sehingga berbentuk lubang yang besar.

Berikutan itu, jalan terbabit ditutup kepada semua kenderaan sekali gus memutuskan hubungan penduduk kampung Pasir Raja, Syukur, Jongok Batu, Kuala Jengai, Rantau Panjang, Minda dan Talong.

Penduduk, Shamsudin Saleh, 42, berkata, keadaan mendapan dan kerosakan jalan yang serius itu berlaku pada kejadian banjir besar 27 Februari lalu.

“Di bawah jalan ini dibina pembetung bagi melancarkan pergerakan air sungai bagaimanapun ia tidak mampu menahan pergerakan air yang kuat.

“Akibatnya banjir pada kali ini menyebabkan pembetung itu dihanyutkan air yang deras menyebabkan jalan runtuh dan lubang seperti kawah yang besar, “katanya.

Norzafawi Husin, 60, berkata, banjir sebelum ini telah merosakkan jalan itu namun ia tidak serius dan jalan itu selesai dibaiki pada Oktober tahun lalu.

“Sungai yang mengalir di bawah jalan itu adalah sungai utama yang mengalirkan air dari beberapa kampung sebelum mengalir keluar ke sungai Dungun.


“Penduduk kampung berharap supaya pihak berwajib membina sebuah jambatan supaya laluan air akan menjadi lebih luas sekali gus melancarkan pergerakannya dan tidak akan merosakkan jalan,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Kampung JPKK Jongok Batu, Armi Seman berkata, beliau berharap jalan itu dibaiki segera memandangkan ia adalah laluan utama perhubungan penduduk.

Menurutnya, kerosakan jalan itu menyebabkan penduduk terpaksa menggunakan laluan Jongok Batu ke Bandar Al Muktaffi Billah Shah yang sangat jauh dengan memakan masa sekitar 45 minit.

“Walaupun ada suatu jalan alternatif di situ namun ianya sangat sempit dan mendatangkan kesulitan apabila dua kenderaan bertembung.

“Selain penduduk kampung, jalan ini juga merupakan jalan utama pelajar dan guru berulang alik ke sekolah, “katanya.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori